KUALA LUMPUR: Qatar Airways akan menyambung semula perkhidmatan penerbangan harian ke Pulau Pinang menerusi Phuket, Thailand pada 29 Okt ini.
Naib Presiden Jualan di Asia Tenggara dan Pasifik Barat Daya Qatar Airways Jared Lee berkata penerbangan harian menggunakan pesawat Boeing 777 itu, akan memperkukuhkan lagi komitmen Qatar Airways untuk memberi penumpang ketersambungan dan perkhidmatan bertaraf dunia.
"Keputusan untuk menyambung semula perkhidmatan ke Pulau Pinang mencerminkan dedikasi Qatar Airways untuk meluaskan rangkaian globalnya dan menawarkan lebih banyak pilihan penerbangan ke destinasi popular kepada penumpang.
"Hasilnya, penumpang boleh mengalami sendiri keistimewaan Pulau Pinang, yang dikenali dengan kekayaan budaya, pantai yang indah dan kepelbagaian makanan jalanan, sambil menikmati kelancaran keterhubungan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha yang pernah meraih anugerah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jared berkata penyambungan operasi itu turut menunjukkan komitmen pihaknya dalam menyediakan lebih banyak pilihan perjalanan kepada penumpang dan keterhubungan tiada tandingan, sama ada mereka mengembara untuk bekerja atau melancong.
"Penumpang yang menaiki pesawat Boeing 777 boleh menjangkakan pengalaman dalam penerbangan yang hebat, dengan tempat duduk yang luas di Kelas Perniagaan serta Kelas Ekonomi. Hospitaliti syarikat penerbangan ini yang terkenal berserta komitmennya terhadap keselamatan dan kebersihan, memastikan penumpang dapat berehat dan menikmati perjalanan mereka sepenuhnya," tambahnya.
Penerbangan Qatar Airways QR840 akan berlepas dari Lapangan Terbang Hamad Doha (DOH) ke Pulau Pinang menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket (HKT) pada 2.45 pagi, dengan masa ketibaan dijadualkan pada 6.20 petang.
Bagi laluan Pulau Pinang ke DOH, penerbangan Qatar Airways QR841 akan berlepas dari Pulau Pinang pada 9 malam dan tiba di DOH pada 4 pagi.
Selain itu, syarikat penerbangan yang diiktiraf itu akan turut menambah jumlah penerbangan ke Kuala Lumpur bermula 15 Dis ini, menjadikan keseluruhan 28 penerbangan mingguan (empat penerbangan harian) iaitu 14 penerbangan mingguan dikendalikan oleh rakan perkongsian kod, Malaysia Airlines, bagi memenuhi permintaan yang meningkat.
Berikut jadual penerbangan mengikut waktu Malaysia, bagi laluan DOH-Kuala Lumpur dan sebaliknya:
DOHA - KUALA LUMPUR (harian)
QR4991 DOH - KUL Perlepasan pada 1.30 pagi, Ketibaan pada 1.55 tengah hari (operasi dikendalikan oleh Malaysia Airlines)
QR852 DOH - KUL Perlepasan pada 3.05 pagi, Ketibaan pada 3.35 petang (dari 15 Dis hingga 11 Mac, 2024)
QR4993 DOH - KUL Perlepasan pada 8.10 pagi, Ketibaan pada 8.40 malam (operasi dikendalikan oleh Malaysia Airlines)
QR844 DOH - KUL Perlepasan pada 7.50 malam, Ketibaan pada 8.20 pagi hari berikutnya.
KUALA LUMPUR - DOHA (harian)
QR4992 KUL - DOH Perlepasan pada 2.25 pagi, Ketibaan pada 5.15 pagi (operasi dikendalikan oleh Malaysia Airlines)
QR845 KUL - DOH Perlepasan pada 9.50 pagi, Ketibaan pada 12:30 tengah hari.
QR853 KUL - DOH Perlepasan pada 8 malam, Ketibaan pada 10.40 malam (dari 15 Dis hingga 11 Mac, 2024)
QR4990 KUL - DOH Perlepasan pada 9.10 malam, Ketibaan pada 11.50 malam (operasi dikendalikan oleh Malaysia Airlines)
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023

Qatar Airways akan menyambung semula perkhidmatan penerbangan harian ke Pulau Pinang menerusi Phuket, Thailand pada 29 Okt ini. - Gambar fail/IG QatarAirways

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Qatar Airways gantung sementara penerbangan ke dan dari Iran, Lubnan
Susulan situasi semasa di rantau Asia Barat, Qatar Airways menggantung sementara penerbangan ke dan dari Iran dan Lubnan.

12 termasuk enam anak kapal Qatar Airways cedera selepas alami gelora udara
Kira-kira 12 termasuk enam anak kapal penerbangan Qatar Airways cedera selepas mengalami kejadian gelora udara dari Doha ke Ireland.

Qatar Airways sambung semula perkhidmatan ke Pulau Pinang
Qatar Airways akan menyambung semula perkhidmatan penerbangan harian ke Pulau Pinang menerusi Phuket, Thailand pada 29 Okt ini.

Qatar Airways dinobat syarikat penerbangan terbaik dunia 2022
Untuk tahun ke tujuh, syarikat penerbangan Qatar Airways dinobatkan sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia bagi tahun 2022.

Penerbangan terus KL-Doha pacu pemulihan pelancongan Malaysia - Nancy
Penerbangan baharu terus dari Kuala Lumpur ke Doha akan memacu pemulihan pelancongan Malaysia dan meningkatkan sektor pelancongan negara, berikutan sempadan dibuka semula pada 1 April.

Penerbangan komersial pertama berlepas dari Kabul
Penerbangan Qatar Airways ke Doha menandakan kejayaan dalam penyelarasan antara Amerika Syarikat dan Afghanistan era baharu.

MAS tawar lebih banyak destinasi menerusi kongsi kod dengan Qatar Airways
Semua perkhidmatan perkongsian kod akan dipasarkan sebagai penerbangan Malaysia Airlines, justeru memudahkan urusan tiket.

Qatar Airways komited bawa lebih ramai pelancong ke Malaysia
Laluan baharu Qatar Airways ke Langkawi membuktikan komitmen syarikat penerbangan itu untuk membawa lebih ramai pelancong ke Malaysia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha.

Konflik Pakistan-India: Thai Airways, penerbangan lain batal laluan ke Eropah
Antara bandar yang terjejas termasuk London, Munich, Paris, Brussels, Milan, Vienna, Stockholm, Zurich, Copenhagen, Oslo, Frankfurt dan Rom.

Pesawat mendarat cemas, isteri serang suami curang
GARA-GARA mendapat tahu suaminya bermain kayu tiga, seorang wanita telah membuat kecoh dan bertindak agresif hingga memaksa sebuah pesawat Qatar Airways mendarat cemas di Chennai, selatan India.