WASHINGTON: Saiz makhluk ini sangat kecil, namun sekali digigit sengkenit ini, anda boleh mengalami alergik terhadap daging merah sepanjang hayat.
Itulah penangan parasit ini apabila ia menghisap darah manusia atau haiwan mamalia.
Telegraph UK melaporkan, baru-baru ini Amerika Syarikat (AS) merekodkan peningkatan kes muntah, dipercayai salah satu simptom yang sangat lazim berlaku setelah digigit sengkenit atau kutu babi itu.
Jika digigit sengkenit yang dikenali sebagai lone star tick (diberi nama berdasarkan bintik putih tunggal pada tubuhnya) ini, seseorang boleh mengalami alahan kepada daging yang dikenali sebagai sindrom alpha-gal (AGS).
Arachnid berkaki lapan itu memperoleh molekul gula daripada kebanyakan mamalia seperti tikus, arnab dan rusa yang pernah digigitnya, sebelum memindahkannya kepada manusia menerusi air liurnya.
Manusia tidak memiliki alpha-gal dalam tubuh, maka sistem imunisasi akan melawannya sekali gus menghasilkan antibodi.
Mereka yang menghidap AGS sering mengadu mengalami alergik apabila memakan daging, termasuk anaphylaxis (reaksi alahan teruk yang mengancam nyawa), masalah perut, gatal-gatal dan sakit kepala.
Adalah sukar untuk dikenal pasti kerana tindak balas boleh berlaku beberapa jam selepas daging itu dimakan, malah kesannya boleh ditanggung seumur hidup dan semakin teruk dalam jangka masa panjang.
Laman web rasmi University of Rhode Island menyatakan, kutu jenis ini sering ditemui di kawasan belukar dengan rumput yang tumbuh rimbun dan melata, selain dijumpai sekitar habitat haiwan berehat. Larvanya tidak membawa sebarang penyakit, namun pada peringkat dewasa, ia membawa kuman yang boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan. Sifatnya juga dikatakan amat agresif apabila menggigit manusia.
Kajian terhadap hubungan antara sengkenit lone star ini dan sindrom berkenaan pertama kali dilakukan pada 2009 selepas ia dikesan di tenggara AS.
Pada Mac lalu, kutu ini telah membiak dan menimbulkan masalah di enam negeri di AS. Ia kini dilaporkan 'berhijrah' ke bahagian utara AS sehingga Washington DC susulan cuaca yang semakin panas. Ia diketahui mampu hidup dan bertahan dalam musim sejuk.
Dalam tempoh lapan tahun sejak 2010, sebanyak 34,000 kes AGS dilaporkan di AS.
Pasukan kesihatan AS memberi mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya berwaspada ketika melalui kawasan yang belukar dan semak terutamanya pada musim bunga dan panas.
Agensi
Wed May 04 2022

Rupa makhluk ini sangat kecil, namun sekali digigit sengkenit ini, anda alergik pada daging sepanjang hayat. - CDC

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Sekali digigit sengkenit ini, anda boleh alergik pada daging sepanjang hayat!
Rupa makhluk ini sangat kecil, namun sekali digigit sengkenit ini, anda alergik pada daging sepanjang hayat.

'Nike' ular dihurung ratusan kutu babi kini merana
Seekor ular sawa yang dihinggapi lebih 500 sengkenit spesies kutu penghisap darah pada haiwan kini berada dalam keadaan lemah dan mengalami anemia.

'Kutu babi' boleh membawa maut?
Sebenarnya sengkenit adalah arakanid kecil dalam keluarga Ixodoidea dalam kelompok hama.