DONALD TRUMP mendakwa, beliau "berasa seperti mempunyai kewajipan" untuk bertanding semula dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) kerana negara tu mempunyai "sempadan terkuat" di bawah pentadbirannya.

Bercakap mengenai pilihan raya 2020, beliau mendakwa: "Saya mendapat lebih banyak undi daripada mana-mana Presiden yang sedang berkhidmat dalam sejarah negara ini, dengan jutaan undi," selepas berkata beliau tidak akan membincangkan pilihan raya 2020 untuk mengelakkan "sebarang kontroversi."

"(Namun) mereka kata kami tidak menang," tambahnya - merujuk kepada kenyataan palsu yang sering dibuatnya bahawa pilihan raya 2020 telah dicurangi.

Beliau menyifatkan keputusan Demokrat menggantikan Joe Biden dengan Kamala Harris sebagai "tidak adil" dan menambah: "Mereka merampas jawatannya, jika difikirkan. Mereka menyebutnya sebagai rampasan kuasa."

Beliau berkata demikian dalam minit-minit terakhir perbualan bersama ahli gusti WWE, Mark Calaway atau The Undertaker di podcastnya untuk membincangkan kebimbangannya dan rancangan untuk pilihan raya 2024. - Agensi