Selepas dibadai taufan Sandy, banjir dan terputus bekalan elektrik, penduduk bandar raya New York kini berhadapan dengan kekurangan bekalan petrol sehingga stesen-stesen minyak di sekitar bandar raya ini diserbu orang ramai.
Tinjauan di sekitar Jackson Heights dan Astoria yang terletak di Queens mendapati stesen minyak yang masih beroperasi dan mempunyai bekalan mengalami kesesakan dengan deretan kereta untuk mendapatkan bekalan.
Di Northern Boulevard, Jackson Heights, sebuah stesen minyak yang terletak di 72th Street, diserbu pemandu teksi sehingga polis terpaksa mengawal keadaan, kerana barisan menunggu yang sangat panjang.
Selain pemandu teksi dan kereta berbaris panjang menunggu giliran, orang perseorangan juga sanggup beratur panjang di dalam kawasan stesen minyak itu, membawa bersama mereka bekas untuk membeli petrol.
Empat pam dikhaskan kepada kereta dan teksi untuk mengisi minyak terus ke tangki minyak manakala dua pam lagi untuk orang perseorangan dan dihadkan kepada lima gelen setiap orang.
Polis juga dipanggil kerana keadaan menjadi kecoh selepas jalan dari arah Woodside ke Flushing sesak teruk apabila mereka berhenti menunggu giliran di bahu-bahu jalan.
Bagi Yadwinder Singh dan rakannya Rahul Singh, pekerja di Sikh Cultural Society Center (SCSC) terletak di Richmond Hill, terpaksa datang ke Jackson Heights untuk mengisi minyak van milik majikan selepas dimaklumkan rakan bahawa stesen minyak itu beroperasi.
Yadwinder semasa ditemui berkata: "Kami perlu mengisi tangki van milik pusat berkenaan kerana kami perlu meneruskan kerja amal dengan memberi makan kepada mangsa-mangsa taufan Sandy di sekitar kawasan Rockaway.
Rockaway, kawasan tepi pantai yang merupakan kawasan yang paling teruk terjejas dibadai taufan Sandy, apabila rumah, sekolah dan bangunan di kawasan berkenaan tenggelam selepas dibadai ombak laut dan dinaiki air pasang dari lautan Atlantik.
"Hari ini (Khamis) kami mengambil risiko apabila meneruskan juga usaha menghantar makan tengah hari yang dimasak oleh sukarelawan pusat berkenaan untuk diagihkan secara percuma kepada mangsa taufan Sandy walaupun minyak di dalam tangki sangat kurang," katanya.
"Kami keluar dari SCSC pada kira-kira pukul 9 pagi untuk mengisi tangki van di sekitar Atlantic Avenue dan Richmond Hills, kawasan berdekatan dengan pusat kami. Sebaliknya tidak berjaya kerana kebanyakan stesen minyak di kawasan itu tidak mempunyai bekalan," katanya semasa ditemui Bernama berhampiran stesen minyak di Northern Boulevard di sini, lewat petang Khamis.
Rahul berkata mereka tekad berusaha untuk mencari bekalan petrol mengisi tangki van pusat berkenaan kerana esoknya (Jumaat) terpaksa mengagihkan bekalan makanan untuk sarapan pagi dan makan tengah hari.
Bagi Christine Chong, rakyat Malaysia yang berasal dari Segamat, Johor dan pengusaha dua buah kedai dobi di bahagian timur utara Manhattan semasa dihubungi berkata, beliau hanya berjaya mengisi petrol di stesen minyak ketujuh berikutan enam lagi stesen minyak di kawasan rumahnya kehabisan bekalan.
"Saya terpaksa mengisi tangki kereta dengan minyak jenis 'Super' walaupun kereta saya menggunakan minyak 'Regular' selepas semua bekalan minyak jenis itu telah habis. Saya terpaksa berbelanja lebih mahal untuk mengisi dengan minyak "Super'," katanya yang tinggal di 96th Street Northern Boulevard di sini.
Christine berkata sejak dua hari lepas, perjalanan dari rumah ke kedainya yang selalunya mengambil masa 30 minit bertukar menjadi tiga hingga empat jam kerana kesesakan yang teruk, selepas kebanyakan penduduk membawa kereta ke pusat bandar untuk mula bekerja dan menjalankan perniagaan, setelah sistem pengangkutan transit dalam bandar lumpuh akibat beberapa bahagian terowong bawah tanah banjir teruk.
Bagi Nor Rosyida Sudin dari Kulim, Kedah yang kini menetap di New Jersey, negeri yang paling teruk dibadai taufan Sandy, berkata beliau terpaksa memandu lebih kurang sejam dari rumahnya ke Pennsylvania untuk mengisi tangki kenderaan pacuan empat roda beliau.
"Saya terpaksa membawa ketiga-tiga anak perempuan saya yang berusia tujuh dan tiga setengah tahun serta tujuh bulan bersama untuk mencari stesen minyak yang beroperasi untuk mengisi tangki serta bekalan untuk generator kami, selain keluar untuk bertemu mentua yang tinggal di Pennsylvania," katanya.
Beliau berkata sepanjang perjalanan itu, kebanyakan stesen minyak di New Jersey sudah ditutup kerana habis bekalan atau mempunyai barisan menunggu yang sangat panjang.
"Selepas percubaan untuk mengisi minyak di New Jersey gagal dan tidak tahan untuk menunggu dan anak kecil yang asyik menangis, saya mengambil keputusan ke Route 611 Bucks County di Pennsylvania untuk mengisi minyak kenderaan saya dan juga generator," katanya.
Bernama
Fri Nov 02 2012
![Sandy: Kekurangan petrol cetuskan kekecohan Sandy: Kekurangan petrol cetuskan kekecohan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-11/71351849466_120x90.jpg)
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
![Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726966332_YusriCheLah.jpg)
Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.
![Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![New York perkenal caj kesesakan lalu lintas AS$9 untuk pemandu masuk Manhattan New York perkenal caj kesesakan lalu lintas AS$9 untuk pemandu masuk Manhattan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736213208_traffic.jpg)
New York perkenal caj kesesakan lalu lintas AS$9 untuk pemandu masuk Manhattan
Sebanyak AS$9 (RM40.60) dikenakan ke atas pemandu di New York yang ingin memasuki Manhattan untuk tangani masalah kesesakan lalu lintas.
![New York laksana pelan harga kesesakan kenderaan pertama di AS New York laksana pelan harga kesesakan kenderaan pertama di AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710907703_TBNewYorkjpg.jpg)
New York laksana pelan harga kesesakan kenderaan pertama di AS
Pelan harga kesesakan kenderaan yang meliputi kawasan Lower dan Midtown Manhattan mula berkuat kuasa pada Ahad, menjadikan New York City, bandar raya pertama di AS melaksanakan pelan sedemikian.
![11 cedera dalam insiden tembakan di New York 11 cedera dalam insiden tembakan di New York](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729395872_policeline.jpg)
11 cedera dalam insiden tembakan di New York
Sekurang-kurangnya 11 orang cedera semalaman dalam kejadian tembakan rambang di luar sebuah kelab malam di daerah Queens di New York City.
![Polis New York perketat langkah keselamatan sempena sambutan tahun baharu di Times Square Polis New York perketat langkah keselamatan sempena sambutan tahun baharu di Times Square](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735681375_TheNewYears.jpg)
Polis New York perketat langkah keselamatan sempena sambutan tahun baharu di Times Square
Adams berkata polis berpakaian seragam dan preman akan bertugas untuk memastikan keselamatan terjamin.
![Pembunuhan CEO UnitedHealthcare disifatkan tindakan keganasan - Datuk bandar NYC Pembunuhan CEO UnitedHealthcare disifatkan tindakan keganasan - Datuk bandar NYC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734647066_EricAdams.jpg)
Pembunuhan CEO UnitedHealthcare disifatkan tindakan keganasan - Datuk bandar NYC
Datuk Bandar New York City, Eric Adams, menyifatkan pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif UnitedHealthcare, Brian Thompson, sebagai tindakan keganasan.
![Lintas jalan bukan di tempatnya tidak jadi kesalahan di Bandar Raya New York pada Februari Lintas jalan bukan di tempatnya tidak jadi kesalahan di Bandar Raya New York pada Februari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81730381339_tbcrosswalkNewYor.jpg)
Lintas jalan bukan di tempatnya tidak jadi kesalahan di Bandar Raya New York pada Februari
Menyeberang jalan tanpa menggunakan laluan lintasan jalan tidak lagi akan dihukum di Bandar Raya New York bermula Februari.
![Penyanyi rap AS Sean 'Diddy' ditahan berhubung dakwaan serangan Penyanyi rap AS Sean 'Diddy' ditahan berhubung dakwaan serangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/81510042307_SeanDiddyCombs.jpg)
Penyanyi rap AS Sean 'Diddy' ditahan berhubung dakwaan serangan
Penyanyi rap Amerika Syarikat Sean "Diddy" Combs ditahan di New York atas tuduhan serangan seksual, menurut pihak pendakwa raya pada petang Isnin
![Musim panas landa AS, orang ramai cari lokasi sejuk Musim panas landa AS, orang ramai cari lokasi sejuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718846632_heatwave.jpg)
Musim panas landa AS, orang ramai cari lokasi sejuk
Aiskrim, tempat berteduh, dan kolam renang menjadi lokasi tumpuan apabila musim panas bermula dengan gelombang haba rekor di beberapa negeri di Amerika Syarikat.
![Pesawat peribadi ghaib selama 53 tahun ditemui di dasar tasik Pesawat peribadi ghaib selama 53 tahun ditemui di dasar tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718442112_tbpesawatjetperiba.jpg)
Pesawat peribadi ghaib selama 53 tahun ditemui di dasar tasik
Serpihan sebuah pesawat jet peribadi yang hilang selama lebih 53 tahun selepas membawa lima lelaki berjaya ditemui di dasar Tasik Champlain.
![Justin Bieber, isteri umum berita kehamilan Justin Bieber, isteri umum berita kehamilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715304456_haileyjpg.jpg)
Justin Bieber, isteri umum berita kehamilan
Penyanyi Justin Bieber dan isterinya Hailey Bieber memuat naik berita kehamilan anak pertama mereka di akaun sosial media masing-masing.