HAMILTON (Kanada): New York meningkatkan langkah keselamatan pada Selasa menjelang sambutan ikonik detik 12 malam di Times Square sempena Tahun Baharu.

"Semasa ribuan orang berseronok, kami akan memastikan keselamatan mereka melalui kerjasama semua agensi yang terlibat, termasuk Pejabat Pengurusan Kecemasan, Jabatan Bomba New York dan Jabatan Polis New York," menurut Datuk Bandar Eric Adams pada sidang media Isnin, seperti yang dilaporkan oleh Agensi Anadolu.

Adams berkata polis berpakaian seragam dan preman akan bertugas untuk memastikan keselamatan terjamin.

Jabatan Polis New York berkata langkah-langkah keselamatan termasuk larangan membawa minuman beralkohol, payung, beg galas, kerusi lipat, penyejuk minuman dan beg besar.

"Pengunjung yang meninggalkan kawasan sebelum detik 12 malam tidak akan dibenarkan masuk semula ke kawasan asal mereka," menurut kenyataan polis.

-- BERNAMA