Pemimpin pembangkang Kemboja yang kini dalam buangan, Sam Rainsy, menghargai sokongan yang berikan oleh ahli parlimen negara ini terhadap demokrasi di negaranya.
Menurut Rainsy, sokongan dari anggota parlimen Malaysia jelas apabila beliau dan Naib Presiden Parti Penyelamat Nasional Kemboja (CNRP) Mu Sochua dijemput untuk mengadakan mesyuarat tertutup di bangunan parlimen pada Selasa.
Beliau menjelaskan sokongan itu juga sangat bermakna kepada rakyat Kemboja yang beliau dakwa mahukan hak demokrasi dari kerajaan sedia ada.
Rainsy juga menghargai kebenaran yang diberikan oleh kerajaan dan pihak berkuasa negara ini kepada beliau untuk memasuki negara ini.
Beliau berkata akan berada di negara ini selama beberapa hari dan akan mengadakan pertemuan dengan beberapa kumpulan masyarakat sivil.
"Di negara ini, kami mempunyai ramai teman dan kami akan berusaha untuk kembali ke Kemboja namun demi keselamatan, saya tidak boleh dedahkan ke mana saya akan pergi. Ia tidak selamat bagi kami," katanya kepada pemberita di luar bangunan parlimen.
Tambahnya beliau akan kembali ke Kemboja pada bila-bila masa bergantung kepada rundingan dengan kesatuan Eropah.
"Bila-bila masa, mungkin esok atau hari ini, dia ia boleh jadi sehari selepas esok, ia bergantung kepada rundingan yang sedang dilakukan dengan pihak Kesatuan Eropah.
"Selepas Kem Sokha dibebaskan ia seolah-olah satu indikasi untuk kami pulang biarpun ia masih belum jelas," katanya.
Rainsy kini berdepan berbagai tuduhan jenayah di negaranya akibat penentangannya terhadap kerajaan sedia ada.
Pada Ahad, Kemboja membebaskan tokoh pembangkang terkemuka Kem Sokha dari tahanan rumah yang dikenakan sejak dua tahun lalu.
Kem Sokha ditangkap pada 2017 dan dituduh merancang menggulingkan kerajaan Kemboja.
Irwan Muhammad Zain
Tue Nov 12 2019
Rainsy kini berdepan berbagai tuduhan jenayah di negaranya akibat penentangannya terhadap kerajaan sedia ada. - Bernama
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun
Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan.
Industri perbankan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah ekonomi mampan, inklusif
Institusi kewangan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Belanjawan 2025: Komitmen berterusan kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal, pertumbuhan seimbang - Khazanah
Khazanah dan syarikat-syarikat portfolionya kekal selaras dengan visi Belanjawan 2025 dan sedia menyokong agenda yang berpandangan jauh.
Belanjawan 2025: Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk pacu inovasi AI
Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI).
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Sam Rainsy hargai sokongan Ahli Parlimen Malaysia
Rainsy menjelaskan beliau kembali ke Kemboja pada bila-bila masa bergantung kepada rundingan dengan kesatuan Eropah.