Masih ingat kekecohan yang ditimbulkan pengacara televisyen, Steve Harvey apabila tersalah umum pemenang pertandingan Miss Universe?
Cerita yang hampir sama berlaku lagi, tetapi kali ini oleh sebuah institusi pengajian tinggi.
Sebuah universiti di Amerika Syarikat menjadi kelam kabut apabila menyedari terdapat kesilapan dalam penghantaran surat tawaran kemasukan ke universiti berkenaan.
Laporan beberapa portal menyebut kesilapan teknikal yang berlaku dalam pangkalan data membuatkan 5,000 surat tawaran dikeluarkan dan dihantar kepada permohonan yang masih dalam pertimbangan.
Akibatnya, universiti berkenaan, State University of New York at Buffalo, terpaksa mengeluarkan permohonan maaf dan kenyataan menarik balik semua tawaran yang telah dihantar, ke laman web universiti tersebut.
Ia dibuat dalam tempoh empat jam selepas surat-surat itu dihantar ke emel pemohon.
Dalam kenyataan itu, pihak universiti meluahkan rasa kesal dengan kesilapan tersebut dan meminta maaf jika ia menyebabkan tekanan pada pemohon dan keluarga mereka.
Pihak universiti juga memberitahu pemohon yang terkesan dengan kesilapan itu, masih berpeluang melanjutkan ke universiti tersebut.
Madiha Abdullah
Tue Apr 19 2016
Lebih 5,000 surat tawaran dihantar kepada permohonan yang masih dalam pertimbangan.
ASEAN25: Meja bulat ASEAN-BRICS perkukuh kerjasama kalangan pasaran pesat membangun
Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia boleh mencadangkan satu perbincangan meja bulat antara Asia Tenggara dengan negara BRICS untuk meneroka koridor perdagangan baharu.
Juara Olimpik hilang pingat dalam kebakaran Los Angeles akan diberi replika
Bekas perenang Gary Hall Jr akan mendapat replika pingat Olimpik selepas pingatnya musnah dalam kebakaran dahsyat di Los Angeles.
Kementerian Digital kenal pasti masalah usahawan PMKS guna pakai teknologi pendigitalan
Kementerian Digital sedang mengenal pasti cabaran serta masalah dihadapi usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima guna pendigitalan.
IWK tambah 30 lori tangki septik tahun ini
Sebanyak 30 lori tangki septik akan ditambah tahun ini untuk meningkatkan perkhidmatan pengosongan tangki menerusi Ops Sedut Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).
Tiga juta benih udang galah dilepaskan di perairan Melaka
Sebanyak tiga juta benih udang galah akan dilepaskan secara berperingkat di perairan umum sekitar Melaka dengan kerjasama Jabatan Perikanan tahun ini.
Kejayaan koperasi sekolah Malaysia, ANGKASA mahu kongsi sumber dan kepakaran
Kejayaan itu menjadi model kepada masyarakat antarabangsa untuk turut membangunkan koperasi sekolah di negara masing-masing.
Siklon Tropika Dikeledi ragut sekurang-kurangnya tiga nyawa di Madagascar
Siklon Dikeledi mendarat di daerah Vohemar, utara Madagascar, kira-kira 7.30 malam waktu tempatan pada Sabtu, membawa angin 130 kilometer sejam.
PM tiba di UAE bawa misi ekonomi Malaysia, ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), untuk lawatan rasmi.
Tumpuan Isnin – 13 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (12 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
COVID-19: Kerajaan sekat kemasukan dari 4 lagi negara
Ismail Sabri menjelaskan sebelum ini kerajaan telah menyekat kemasukan warga India ke negara ini dalam usaha varian baharu COVID-19 dari negara itu.
AS bakal tambah had kemasukan pelarian
Biden berkata masyarakat antarabangsa berhadapan cabaran apabila lebih 80 juta orang kini terpaksa melarikan diri di seluruh dunia.
Kemasukan semula pelajar antarabangsa ke IPT bermula 1 Januari - Noraini
Noraini bagaimanapun berkata, kebenaran itu tidak termasuk pelajar dari United Kingdom (UK).
Sabah terima pakai sekatan kemasukan 23 negara ditetapkan Kerajaan Persekutuan
Semua kemasukan ke Sabah adalah tertakluk kepada arahan sekatan kemasukan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri dari semasa ke semasa.
COVID-19: Sarawak perketat syarat perjalanan susulan peningkatan kes di Sabah
Mereka yang ingin masuk ke Sarawak perlu segera menggunakan aplikasi 'EnterSarawak'.
COVID-19: Kabinet putus sekat kemasukan rakyat Itali, Iran dan Korea
Beliau berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat pertama jemaah menteri kerajaan Perikatan Nasional pada Rabu setelah mengambil kira status semasa penularan virus COVID-19.
Isu Matrikulasi: Kuota bukan Bumiputera kekal, bilangan pelajar ditambah
Keputusan itu diambil bagi memastikan pelajar-pelajar cemerlang terus mendapat peluang terbaik bagi melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
Kajian holistik sebelum buat keputusan pengiktirafan UEC - Dr Maszlee
Meskipun terdapat cadangan untuk mengiktiraf sijil itu sebagai antara syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) namun beliau tidak mahu membuat keputusan terburu-buru.
Indonesia harap yuran birokrasi amah dikurangkan - Duta
Beliau akan mencadangkan perkara itu kepada kerajaan Malaysia bagi memastikan majikan negara ini dapat mengambil amah terlatih pada kadar yang lebih murah.
Terbuka terima kemasukan ahli Pas, Umno
Naib pengerusinya, Dr Muhaimin Sulam berkata, pihaknya menyedari wujud satu gelora kuat di peringkat akar umbi untuk menyertai parti kerajaan itu.