KUCHING:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengetatkan syarat perjalanan masuk ke negeri itu susulan peningkatan kes positif COVID-19 di Sabah.
Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, bagi perjalanan memasuki Sarawak melalui Sabah dan Labuan, semua rakyat Sarawak, pemegang pas pemastautin tetap dan pemegang pas visa negeri itu perlu memohon kebenaran masuk dengan mengisi borang 'EnterSarawak' secara dalam talian.
"Mereka akan dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) selama 14 hari dan diberi wristband (gelang) manakala ujian swab rT-PCR akan diambil semasa ketibaan di lapangan terbang atau pada hari kedua dan hari ke-10 serta kos akan ditanggung oleh kerajaan Sarawak," katanya pada sidang media COVID-19 di sini.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri I, berkata bagi mereka yang telah membuat ujian rt-PCR tiga hari sebelum masuk ke Sarawak dan keputusannya negatif, ujian swab rt-PCR akan diambil pada hari ke-10 sahaja dan kos itu turut ditanggung oleh kerajaan negeri Sarawak.
"Bagi prosedur transit lapangan terbang sebelum meneruskan perjalanan, semua penumpang dari Sabah dan Labuan tidak dibenarkan keluar dari balai pelepasan serta arahan kuarantin HSO akan dikeluarkan di 'First Point Of Entry' dan perlu memakai wristband.
"Sekiranya destinasi terakhir mereka adalah di kawasan pedalaman dan jauh dari klinik kesihatan yang menyediakan kemudahan untuk mengambil sampel COVID-19, mereka akan dikuarantin di hotel atau pusat kuarantin yang telah ditetapkan," kata Uggah.
Sementara itu, warganegara Malaysia yang berasal dari Semenanjung, Sabah, Labuan dan warga asing yang memasuki Sarawak melalui Sabah atau Labuan perlu memohon kebenaran masuk dengan mengisi borang 'EnterSarawak' secara dalam talian serta melampirkan keputusan ujian COVID-19 tiga hari sebelum perjalanan, bagi kelulusan kemasukan ke Sarawak.
"Mereka juga akan diberi pas masuk yang dihadkan selama lima hari sahaja dan harus melampirkan tiket penerbangan perjalanan pulang.
"Mereka yang tidak melampirkan keputusan ujian rT-PCR COVID-19 yang sah dalam tiga hari sebelum kemasukan tidak akan diberi kelulusan masuk ke Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 28 2020
Warganegara Malaysia yang berasal dari Semenanjung, Sabah, Labuan dan warga asing yang memasuki Sarawak melalui Sabah atau Labuan perlu memohon kebenaran masuk dengan mengisi borang 'EnterSarawak. -Gambar fail
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Senarai negara rakan BRICS akan diumumkan tidak lama lagi
Negara rakan BRICS akan mengambil bahagian dalam mesyuarat menteri luar BRICS dan dijangka hadir pada sidang kemuncak itu.
Lubang pada bangkai pesawat Azerbaijan Airlines cetus spekulasi serangan
Lubang itu yang jelas kelihatan dalam gambar dan video pesawat Embraer 190, disyaki berpunca daripada tembakan senjata.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.4670/4715 berbanding dolar AS 4.4845/4900 ketika ditutup pada Selasa.
Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai
Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai melebihi had bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk Intan
Polis berjaya menemukan wanita yang dikenali sebagai Nur Nazalishah Ahmad itu pada 2 petang di Teluk Intan hasil maklumat orang awam.
Agenda AWANI: Aceh bangkit selepas dua dekad tsunami
Kita menolak lupa dan mengambil iktibar. Apa yang kita belajar dari episod tragedi Tsunami 2004 yang meragut ratusan ribu nyawa? Adakah Aceh ‘bersedia’ andai bencana kembali mengancam? Laporan khas oleh Editor Kanan Astro AWANI, Nazri Kahar.
Telegram, Wechat mulakan proses pelesenan - MCMC
Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka beroperasi di Malaysia.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
[TERKINI] Gaduh di LRT: Siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa raya
Sebanyak lapan tangkapan telah dilakukan berhubung kes pergaduhan antara dua kumpulan dipercayai penyokong bola sepak di Setsen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar tasik Selatan.
Tsunami 20 Tahun : Aceh Sebagai Makmal Hidup Pengurusan Bencana
Editor Astro AWANI, Nazri Kahar membawakan perkembangan semasa mengenang dua dekad tragedi tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa.
Jumlah mangsa banjir di Kedah semakin berkurangan petang ini, Perak, Johor kekal
Jumlah mangsa banjir di Kedah semakin berkurangan setakat 4 petang ini berbanding pagi tadi, manakala bilangan penduduk terjejas di Perak dan Johor kekal.
Jumlah mangsa banjir di Kedah, Perlis semakin berkurangan malam ini
Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Perlis semakin berkurangan setakat 8 malam ini berbanding petang tadi manakala bilangan penduduk terjejas di Perak dan Johor tidak berubah.
Banjir: Jumlah PPS dan mangsa di Sarawak meningkat petang ini
Situasi banjir di kawasan selatan Sarawak mencatatkan pertambahan jumlah mangsa dan pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 5.30 petang tadi.
Banjir: Mangsa terus meningkat, Sabah dan Johor pula dilanda banjir
Kesemua mangsa yang terdiri daripada 8,355 keluarga itu ditempatkan di 210 pusat pemindahan sementara.
Sarawak siap siaga hadapi Monsun Timur Laut
JPBN mempunyai kekuatan sumber manusia seramai 5,501 anggota dalam menghadapi keadaan cuaca bermusim itu.
Banjir Perak: Jumlah mangsa terus meningkat pagi ini
Kesemua mangsa ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kerian dan Hilir Perak.
Mangsa banjir di Perak meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 329 orang daripada 94 keluarga setakat 8 pagi ini.
Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 13,872 orang malam ini
JBPN memaklumkan penutupan itu menjadikan jumlah PPS yang masih beroperasi setakat ini ialah 59 yang menempatkan 3,985 keluarga.
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus menurun
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus menyaksikan penurunan kepada 43,198 orang setakat 8 malam ini berbanding 45,302 orang petang tadi.
40,854 mangsa banjir di enam negeri ditempatkan di PPS
Mangsa banjir di beberapa negeri terus meningkat setakat petang ini dengan lebih 40,854 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).