KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus menyaksikan penurunan kepada 43,198 orang setakat 8 malam ini berbanding 45,302 orang petang tadi.
Di JOHOR, bilangan mangsa banjir menurun kepada 42,770 orang setakat 8 malam berbanding 44,779 orang pada 2 petang tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan seramai 12,159 keluarga masih ditempatkan di 154 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah.
"Batu Pahat kekal daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa 39,800 orang daripada 11,182 keluarga diikuti Muar (1,532 orang, 457 keluarga), Tangkak (1,037 orang, 412 keluarga) dan Segamat (401 orang, 108 keluarga)," menurut JPBN.
Sebanyak enam sungai masih melepasi aras bahaya antaranya Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok, Batu Pahat pada paras 19.63 meter (m), Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar (4.14m) dan Sungai Senggarang di Batu Pahat (3.57m).
Di PAHANG, Sekretariat JPBN melaporkan jumlah mangsa banjir di Rompin malam ini sedikit menurun kepada 169 orang yang ditempatkan di dua PPS berbanding 170 orang petang tadi.
Di MELAKA, jumlah mangsa di Jasin berkurangan kepada 259 orang daripada 61 keluarga setakat 8 malam berbanding 353 orang daripada 90 keluarga pada 2 petang tadi.
Sekretariat JPBN memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat menempatkan 13 mangsa, SK Parit Penghulu (104), SK Parit Gantong (19), SK Batu Gajah (112) dan SK Sungai Rambai (11).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus menyaksikan penurunan kepada 43,198 orang setakat 8 malam ini berbanding 45,302 orang petang tadi. - Gambar fail/APM
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Johari harap Malaysia jadi tuan rumah terbaik AIPA tahun depan
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berharap Malaysia dapat menjadi tuan rumah terbaik dalam menganjurkan beberapa mesyuarat berkaitan AIPA tahun depan.
Mangsa banjir di Johor kekal 36 orang petang ini
Kesemua mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat.
Banjir: 40 mangsa masih berada di PPS Johor, Pahang
Jumlah mangsa di Johor kekal 36 orang daripada 11 keluarga yang ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.
AS salur RM442,817 bantuan untuk mangsa banjir di Malaysia
Kerajaan Amerika Syarikat melalui USAID menyalurkan sumbangan berjumlah RM442,817 bagi menyokong usaha bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.