WASHINGTON: Rusia dikatakan sedang merancang secara sulit untuk menjatuhkan kerajaan Moldova dengan mencetuskan bantahan yang diharap akan membawa kepada rampasan kuasa.
Menurut perisikan Amerika Syarikat (AS), Kremlin sedang berusaha untuk melemahkan kerajaan Moldova dengan matlamat untuk melihat perubahan pentadbiran, lapor Agensi Anadolu.
"...Rusia sedang berusaha untuk mengadakan dan menggunakan protes di Moldova sebagai asas untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan Moldova," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS John Kirby kepada pemberita pada Jumaat.
Kerajaan Moldova menentang keras Rusia, sebahagiannya disebabkan pertikaian mengenai wilayah yang dikawal oleh pemisah pro-Rusia.
Transnistria diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Moldova tetapi ia berada di bawah kawalan pihak pemisah sejak pembubaran Kesatuan Soviet pada 1990-an.
Kirby berkata walaupun aktiviti Rusia di Georgia disifatkan tidak "membimbangkan" tetapi ia tidak boleh dipandang ringan.
"Kami akan terus memberikan sokongan padu. Walaupun ada yang cuba menunjukkan berlaku ketidakstabilan, pegawai Rusia cuba menyemai kekeliruan tentang kestabilan Moldova," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada dakwaan "tidak berasas" dan "palsu" dari Moscow bahawa Ukraine sedang bersedia untuk menyasarkan Transnistria.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023
Kremlin didakwa sedang berusaha untuk melemahkan kerajaan Moldova dengan matlamat untuk melihat perubahan pentadbiran. - Gambar hiasan
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
Rusia, Ukraine tukar 206 tahanan dalam masa dua hari
Pertukaran tahanan itu berlaku selepas kejayaan rundingan di mana Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi orang tengah.
Ukraine, Rusia saling bertukar lebih 100 tawanan perang
Rusia dan Ukraine pada Sabtu mengadakan pertukaran besar tawanan, dengan kedua-dua pihak menukar lebih daripada 100 askar yang ditawan.
EU lanjutkan sekatan terhadap individu Rusia, Ukraine hingga Mac 2025
Kesatuan Eropah (EU) telah melanjutkan sekatan yang dikenakan ke atas individu Rusia dan Ukraine berhubung konflik di Ukraine sehingga pertengahan Mac 2025.
Perdana Menteri berminat lawat Moscow, St. Petersburg
Datuk Seri Anwar teruja dengan lawatan sulungnya ke Rusia, yang sebelum ini hanya diketahuinya menerusi kesusasteraan negara itu.
Malaysia tidak minat sebelahi Barat dalam soal hubungan dengan Rusia - PM Anwar
Malaysia tidak berminat untuk menyebelahi Barat yang menentang Rusia kerana negara itu mengekalkan hubungan baik dengan semua pihak.
Perbincangan mengenai Tabung Kewangan Asia sedang berlangsung - Anwar
Rundingan mengenai penubuhan Tabung Kewangan Asia sedang berlangsung dan tabung itu tidak boleh dianggap sebagai alternatif, tetapi sebagai pelengkap kepada institusi kewangan antarabangsa sedia ada.
Anwar kecam dasar Barat terhadap Gaza sebagai tidak bermoral, hipokrit
Dasar negara-negara Barat terhadap konflik Palestin-Israel dan Semenanjung Gaza adalah tidak bermoral dan hipokrit berbanding pendekatan mereka terhadap krisis Ukraine.
Kerjasama Malaysia dengan Rusia, China, India beri manfaat kepada ekonomi - PM Anwar
Kerjasama dengan Rusia, China dan India akan memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar gesa penerbangan terus hubungkan Malaysia dan Rusia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan Rusia perlu mempertimbangkan untuk memperkenalkan penerbangan terus bagi meningkatkan jumlah pelancong antara kedua-dua negara.