NEW YORK: Tokoh media berpengaruh dunia, Rupert Murdoch pada Khamis mengumumkan pengundurannya sebagai Pengerusi syarikat-syarikat yang diasaskannya, Fox Corporation dan News Corporation sekali gus mengakhiri kariernya selama lebih tujuh dekad.
"Sepanjang seluruh hidup profesional saya, saya telah terlibat setiap hari dengan berita dan idea dan itu tidak akan berubah," tulis Murdoch yang berusia 92 tahun dalam memorandum kepada pekerja-pekerjanya.
"Bagaimanapun, masanya sudah tepat bagi saya untuk mengambil peranan yang berbeza, sambil mengetahui bahawa kami mempunyai pasukan yang benar-benar berbakat."
Sebagai pemimpin Fox dan News Corporation, yang menerbitkan akhbar berpengaruh seperti The Wall Street Journal dan akhbar gosip New York Post, Murdoch telah menguasai pengaruh yang besar dalam Parti Republikan dan hanya disaingi oleh beberapa orang terpilih.
Menurut laporan portal-portal media antarabangsa, anak lelaki beliau, Lachlan Murdoch, akan menjadi Pengerusi tunggal News Corp dan Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fox.
Peralihan ini sekali gus mengukuhkan peranan Lachlan sebagai pemimpin empayar media itu dan mengakhiri persoalan mengenai siapa yang bakal meneruskan legasi Murdoch.
Murdoch yang mengawal pemilikan saham hampir penuh dalam kedua-dua syarikat itu, akan dilantik sebagai Pengerusi Emeritus bagi kedua-dua syarikat tersebut.
Dalam nota yang sama kepada kakitangannya, Murdoch menulis: "Syarikat-syarikat kami dalam keadaan yang kukuh, seperti saya juga."
Murdoch yang mempunyai enam orang anak sudah lama menyimpan hasrat agar anak-anaknya mengambil alih empayarnya.
Anak lelakinya, James, sebelum ini adalah CEO Twenty-First Century Fox sebelum syarikat tersebut memutuskan untuk menjual aset filem dan televisyennya kepada Walt Disney Co dengan nilai AS$71.3 bilion (RM334.5 bilion), perjanjian yang berakhir pada tahun 2019.
James kemudian mengalihkan hasil daripada perjanjian itu ke sebuah firma pelaburan persendirian, Lupa Systems. Lachlan pula dilantik sebagai CEO Fox Corp yang baharu. - Agensi
Agensi
Thu Sep 21 2023
![Rupert Murdoch letak jawatan Pengerusi Fox, News Corp Rupert Murdoch letak jawatan Pengerusi Fox, News Corp](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41677556989_RupertMurdoch.jpg)
Rupert Murdoch mengumumkan pengundurannya sebagai Pengerusi syarikat-syarikatnya, Fox Corporation dan News Corporation sekali gus mengakhiri kariernya selama lebih tujuh dekad. - Gambar fail REUTERS
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Mahkamah tolak permohonan Murdoch ubah amanah keluarga kepada anak sulung Mahkamah tolak permohonan Murdoch ubah amanah keluarga kepada anak sulung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41677556989_RupertMurdoch.jpg)
Mahkamah tolak permohonan Murdoch ubah amanah keluarga kepada anak sulung
Kes ini melibatkan Murdoch menentang tiga anaknya untuk menentukan siapa yang akan mengawal News Corp dan Fox News selepas kematiannya.
![Bekas isteri kenalkan, Rupert Murdoch kahwin kali ke-5 pada usia senja Bekas isteri kenalkan, Rupert Murdoch kahwin kali ke-5 pada usia senja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717561199_RupertMurdoch.jpg)
Bekas isteri kenalkan, Rupert Murdoch kahwin kali ke-5 pada usia senja
Elena merupakan seorang sosialitas Rusia yang juga merupakan mantan isteri bekas ahli politik, Alexander Zhukov.
![Rupert Murdoch letak jawatan Pengerusi Fox, News Corp Rupert Murdoch letak jawatan Pengerusi Fox, News Corp](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41677556989_RupertMurdoch.jpg)
Rupert Murdoch letak jawatan Pengerusi Fox, News Corp
Anak lelaki beliau, Lachlan Murdoch akan ambil alih tugas yang ditinggalkannya.
![Rupert Murdoch bakal berkahwin kali kelima pada usia 92 tahun Rupert Murdoch bakal berkahwin kali kelima pada usia 92 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41677556989_RupertMurdoch.jpg)
Rupert Murdoch bakal berkahwin kali kelima pada usia 92 tahun
Kedua-dua pasangan ini bertemu pada bulan September tahun lalu dalam satu acara di ladang Murdoch di California.
![Rupert Murdoch tarik balik cadangan gabung News Corp-Fox Rupert Murdoch tarik balik cadangan gabung News Corp-Fox](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674645876_RupertMurdoch.jpg)
Rupert Murdoch tarik balik cadangan gabung News Corp-Fox
Jutawan media Rupert Murdoch yang mengawal kedua-dua News Corp dan Fox menarik balik cadangan untuk meneroka kemungkinan menggabungkan kedua-dua syarikat media berkenaan.
!['Maafkan kami' - The Daily Telegraph tersalah cetak halaman akhbar lain 'Maafkan kami' - The Daily Telegraph tersalah cetak halaman akhbar lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41556328173_tabloidAustralia.jpg)
'Maafkan kami' - The Daily Telegraph tersalah cetak halaman akhbar lain
Salah satu akhbar tabloid terkenal di Australia dilaporkan mencetak halaman akhbar lain ekoran kesilapan ketika proses percetakan.
![Empayar media milik Murdoch didakwa punca penyebaran Islamophobia Empayar media milik Murdoch didakwa punca penyebaran Islamophobia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61553084828_RupertMurdoch.jpg)
Empayar media milik Murdoch didakwa punca penyebaran Islamophobia
Sebanyak 2,981 penulisan negatif terhadap Islam dan umatnya diterbitkan akhbar milik empayar Rupert Murdoch pada 2017.