USIA hanya angka dan kalau jodoh tidak ke mana.

Mungkin itu pepatah yang sesuai diberikan kepada ‘raja media’ dunia, Rupert Murdoch apabila dilaporkan kembali berkahwin pada usia senja.


Jarak usia 26 tahun


Murdoch berkahwin pada usia 93 tahun dengan kekasihnya, Elena, 67, menjadikan jarak usia keduanya terpaut 26 tahun.

Perkahwinan yang dijalankan secara tertutup di kediaman Murdoch di California merupakan kali kelima buat Murdoch hanya beberapa bulan selepas dipercayai mengikat tali pertunangan bersama Elena.

Elena merupakan seorang sosialitas Rusia yang juga merupakan mantan isteri bekas ahli politik, Alexander Zhukov.

Keduanya dilaporkan mula menjalin asmara selepas diperkenalkan bekas isteri kedua konglomerat tersebut, Wendi Deng, lapor Daily Mail.

Murdoch pertama kali berkahwin pada tahun 1956 dan perkahwinan terakhir pada 2022. Dia juga sempat putus tunang dengan seorang wanita pada tahun lalu.

Pemilik News Corp itu dilaporkan memiliki aset bernilai RM94 bilion memiliki tujuh anak dan beberapa orang cucu. -Gempak