TEHRAN: Timbalan Ketua Hamas di Semenanjung Gaza, Khalil al-Hayya berkata ribuan umat Islam di Tehran mengiringi perjalanan pengebumian Ismail Haniyeh pada Khamis.

Mereka berebut-rebut mengangkat keranda pemimpin Hamas itu sebagai penghormatan kepada beliau yang syahid dalam perjuangan Islam.

Khalil berkata demikian di upacara penghormatan terakhir Ismail.

Tambah  Khalil, penduduk turut mengibarkan bendera jihad dalam usaha merealisasikan matlamat membebaskan Palestin dan Baitulmaqdis.

"Kami yakin pembunuhan Ismail akan menambah lagi kemarahan rakyat di seluruh dunia terhadap rejim Zionis yang tidak berperikemanusiaan," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken mendesak pihak di Asia Barat mengadakan gencatan senjata di Gaza.