Jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller berkata, Blinken akan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak AS-ASEAN di ibu kota Laos, Vientiane, lapor Agensi Anadolu.
"Setiausaha Negara AS akan mengulangi komitmen Amerika Syarikat terhadap pemusatan ASEAN dan sokongan kepada ASEAN Outlook mengenai Indo-Pasifik yang berkongsi prinsip asas dengan Strategi Indo-Pasifik AS.
"Blinken akan menekankan bagaimana Perkongsian Strategik Komprehensif AS-ASEAN memberikan manfaat konkrit kepada gabungan penduduk seramai satu bilion orang, termasuk melalui kerjasama ekonomi kami dan peningkatan penglibatan dalam teknologi baharu seperti kecerdasan buatan," katanya.
Menurut Miller, Blinken juga akan membincangkan isu geopolitik, termasuk krisis di Myanmar, kepentingan mematuhi undang-undang antarabangsa di Laut China Selatan dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
- BERNAMA