SINGAPURA:Pihak keselamatan Singapura telah menahan seorang remaja lelaki tempatan berusia 16 tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati merancang dan membuat persiapan terperinci bagi melakukan serangan pengganas terhadap dua buah masjid di republik itu.
Remaja tersebut, seorang penganut agama Kristian dari mazhab Protestan berketurunan India, ditahan Disember lalu dan merupakan tahanan termuda ISA yang dipengaruhi ideologi pelampau sayan kanan.
Menurut kenyataan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD), pada Rabu, pelajar sekolah menengah itu menjadi radikal sendiri dengan didorong rasa benci terhadap Islam dan cenderung terhadap keganasan.
"Dia menonton penstriman langsung video mengenai serangan keganasaan terhadap dua masjid di Christchurch, New Zealand, oleh Brenton Tarrant pada 15 Mac 2019 dan membaca manifesto penyerang itu.
'"Dia juga menonton video propaganda ISIS dan membuat kesimpulan bahawa ISIS mewakili agama Islam dan Islam menyuruh penganutnya membunuh orang bukan Islam," kata ISD.
Jabatan itu berkata jelas daripada rancangan dan persediaan melakukan serangan, remaja tersebut dipengaruhi oleh tindakan dan manifesto Tarrant.
Antara lain, ISD berkata, remaja itu bercadang melakukan serangan ke atas dua masjid di Singapura - Masjid Assyafaah dan Masjid Yusof Ishak pada 15 Mac 2021, sempena ulang tahun kedua serangan keganasan di Christchurch.
"Semasa siasatan, dia mengakui dia hanya dapat meramalkan dua hasil daripada rancangannya iaitu ditangkap sebelum melakukan serangan atau melaksanakan rancangan dan kemudian dibunuh oleh polis," menurut ISD.
Jabatan itu berkata siasatan setakat ini menunjukkan bahawa remaja itu bertindak bersendirian.
"Tiada tanda menunjukkan dia cuba mempengaruhi sesiapa mengenai fahaman ekstrem yang dipegangnya atau terbabit sesiapa dalam perancangannya. Anggota keluarga dan kenalannya tidak menyedari rancangannya untuk melancarkan serangan mahupun rasa kebenciannya yang mendalam terhadap Islam," kata jabatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 27 2021

Pelajar sekolah menengah itu menjadi radikal sendiri dengan didorong rasa benci terhadap Islam dan cenderung terhadap keganasan. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA
Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang terpengaruh dengan ideologi radikal secara kendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura pada November tahun lepas.

Isunya bukan takut, tapi Mahathir cuba menghasut - Nazri
Mohamed Nazri berkata beliau 'pelik' dengan sikap Mahathir yang sangat prihatin dengan nasib orang Melayu ketika tidak ada kuasa.

Pemilihan UMNO: 10 ketua wanita Perak menang tanpa bertanding, tujuh muka baharu
Sepuluh ketua wanita UMNO bahagian di Perak diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026.

Singapura: Remaja 18 tahun rancang letup kubur Habib Noh ditahan bawah ISA
Seorang pelajar warga Singapura berusia 18 tahun ditahan pada Disember 2022 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Saifuddin ulangi tidak perlu pinda Sosma buat masa ini
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengulangi pendiriannya untuk tidak meminda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) buat masa ini.

Benarkah kanabis bantu rawat gangguan bipolar?
Isu penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan pada hakikatnya bukanlah sesuatu yang baharu dan ia kembali hangat diperkatakan.

Dua rakyat Singapura dibebaskan daripada tahanan ISA
Dua rakyat Singapura yang terlibat dengan aktiviti radikal dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), masing-masing pada Januari dan Februari 2022.

Usaha menyatukan UMNO-Pas sudah bermula sejak 1998 - Ahmad Zahid
Hubungan kedua-dua parti masih berjalan meskipun ada pihak tidak berapa senang dan berterusan mencari jalan untuk merenggangkan mereka.

Remaja 16 tahun ditahan rancang serangan dua masjid di Singapura
Pihak keselamatan Singapura telah menahan seorang remaja lelaki tempatan berusia 16 tahun di bawah ISA.