DEIR AL-BALAH: Demi menyelamatkan tawanan Israel, ratusan rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Kem Pelarian Al-Nuseirat.

Kesemua rakyat Gaza cedera dibawa menerima rawatan di Hospital Syahid Al-Aqsa.

Menurut laporan, sekurang-kurangnya 210 rakyat Palestin terbunuh dan kira-kira 400 cedera dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Al-Nuseirat di tengah Gaza dalam misi Israel menyelamatkan tawanan.

Agensi berita rasmi WAFA Palestin berkata bahawa jet pejuang secara intensif melakukan pengeboman artileri ganas di kawasan kejiranan Al-Zaytoun dan Tal Al-Hawa di bandar Gaza, serta di Kem Nuseirat, Al-Maghazi dan Al-Bureij.

Tentera Israel menyelamatkan empat tebusan yang ditahan oleh Hamas sejak Oktober dalam serangan berkenaan.

Manakala sekurang-kurangnya 93 lagi rakyat tempatan terbunuh dalam serangan udara di kawasan yang sama, dalam salah satu insiden perang paling berdarah, menurut pakar perubatan tempatan.

Tidak jelas sama ada penyelamatan tebusan dan serangan udara Israel adalah sebahagian daripada operasi yang sama tetapi kedua-duanya berlaku di Al-Nuseirat, kawasan yang dibina padat dan sering diperangi dalam perang lapan bulan antara Israel dan Gaza.