JAKARTA: Rantau ASEAN mengalami 36 bencana sepanjang minggu lepas, termasuk banjir, tanah runtuh dan insiden berkaitan angin, terutama di Indonesia, Filipina dan Malaysia, menurut Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Mengenai Pengurusan Bencana ASEAN (Pusat AHA) yang berpejabat di Jakarta.
Agensi Pengurusan Bencana Indonesia, BNPB melaporkan mengenai kejadian banjir, tanah runtuh dan bencana berkaitan angin di beberapa wilayah termasuk Bengkulu, Gorontalo, Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur, Lampung, Nusa Tenggara Barat, Papua, Riau, Sulawesi Selatan dan Sumatera Selatan.
"Hujan lebat berterusan, angin kencang dan banjir memburukkan lagi keadaan dan menyebabkan kerosakan yang meluas, khususnya di Jawa Tengah.
"Empat maut, seorang cedera selain kerosakan infrastruktur kediaman, pendidikan dan awam serta tanah pertanian," menurut Pusat AHA dalam maklumat terkini mingguannya.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan banjir di Pahang manakala majlis pengurusan bencana Filipina NDRRMC melaporkan mengenai kejadian tanah runtuh di bahagian tenggara, Davao de Oro.
Sehingga 10 Feb, NDRRMC melaporkan 33 maut, 89 orang hilang, 35 cedera manakala lebih 1,300 keluarga yang hilang tempat tinggal kini ditempatkan di beberapa pusat pemindahan.
Selain itu, Indonesia dan Filipina juga merekodkan 12 gempa bumi melebihi 5.0 pada skala Richter di samping lapan kejadian aktiviti gunung berapi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024
Kejadian tanah runtuh di bahagian tenggara, Davao de Oro di Filipina meragut 33 nyawa, sementara 89 orang lagi hilang dan 35 yang lain cedera manakala lebih 1,300 keluarga hilang tempat tinggal. - Gambar fail/REUTERS
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belanjawan 2025: Perlu tambah baik lanjutan ke atas dasar perdagangan antarabangsa - Pakar
Kerajaan diharapkan dapat mengumumkan inisiatif penambahbaikan lanjutan terhadap dasar perdagangan antarabangsa Malaysia terutama melibatkan rantau ASEAN.
Rantau ASEAN dilanda 36 bencana, Indonesia dan Filipina paling terjejas teruk
Rantau ASEAN mengalami 36 bencana sepanjang minggu lepas, termasuk banjir, tanah runtuh dan insiden berkaitan angin, terutama di Indonesia, Filipina dan Malaysia.
Mustapa harap Biden tumpu rantau Asean, tingkatkan dagangan
Datuk Seri Mustapa Mohamed menzahirkan harapan tinggi agar Joe Biden memberi lebih banyak perhatian terhadap rantau ASEAN.
Malaysia destinasi ideal bagi pelabur Qatar - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan keyakinan Malaysia akan menjadi destinasi yang ideal bagi pelabur Qatar, terutamanya untuk mengakses ke pasaran lebih meluas di rantau ASEAN.