TANPA kempen vaksinasi kebangsaan dan rawatan untuk mencegah COVID-19, media Korea Utara menggalakkan pesakit untuk mengambil ubat tahan sakit dan antibiotik, selain amalan tradisional yang belum terbukti keberkesanan, seperti berkumur dengan air garam dan meminum teh herba.
Pada masa sama, negara itu terus giat meningkatkan pengeluaran ubat-ubatan dan bekalan kesihatan lain termasuk steriliser dan termometer dalam usaha memerangi penularan COVID-19, lapor media kerajaan KCNA pada Khamis.
Korea Utara, yang kini menguatkuasakan sekatan pergerakan di seluruh negara, juga meningkatkan penghasilan ubat-ubatan tradisional yang dipercayai berkesan untuk mengurangkan kesan demam dan sakit.
Reuters melaporkan, dalam gelombang koronavirus yang mengejut, sejak disahkan pada minggu lalu, wabak itu telah merebak berikutan kekurangan sumber perubatan dan vaksin.
Agensi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa banyak kemungkinan buruk boleh terjadi ke atas 25 juta rakyat negara itu.
Sekurang-kurangnya 262,270 orang dilaporkan mengalami simptom demam, dengan seorang lagi disahkan meninggal dunia pada petang Rabu, berdasarkan data ibu pejabat pencegahan epidemik kecemasan negara.
Data itu bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus berapa orang sebenarnya telah diuji positif COVID-19. Setakat ini yang dilaporkan hanyalah angka 1,978,230 orang dengan simptom demam dan 63 kematian.
Kilang-kilang kini secara pantas menghasilkan lebih banyak picagari, ubat, termometer dan bekalan medikal lain di Pyongyang dan wilayah sekitarnya.
Pada masa sama, lebih banyak wad pengasingan disediakan dan kerja disinfeksi dijalankan.
"Ribuan tan garam juga dibawa masuk ke Pyongyang untuk penghasilan larutan antiseptik," lapor KCNA.
Laporan berkenaan hadir selepas pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un tidak berpuas hati dengan pengagihan ubat-ubatan yang tidak cekap serta menyelar pegawai-pegawainya atas tindak balas yang 'tidak matang' terhadap epidemik.
Agensi
Thu May 19 2022
Orang ramai di sebuah stesen kereta api di Seoul, KOrea Selatan, sedang menonton laporan di televisyen tentang usaha mencegah COVID-19 di Korea Utara. - Reuters
ASEAN: Malaysia sasar muktamadkan rangka kerja ekonomi digital tahun ini
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menyasarkan untuk memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) tahun ini untuk mempersiapkan rantau Asia Tenggara untuk pendigitalan.
Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.
AI bantu pekerja, bukan gantikan mereka - Gary Shapiro
Revolusi kecerdasan buatan (AI) akan mengubah pasaran pekerjaan tetapi memberi impak positif yang besar kepada manusia dan pekerjaan.
UNRWA beri amaran hospital di Gaza "kini menjadi perangkap maut"
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu menyifatkan "hospital di Gaza kini menjadi perangkap maut."
Ahli Parlimen UK desak pengusiran duta Israel
Ahli Parlimen Bebas John McDonnell menyorot keadaan yang semakin kritikal di Semenanjung Gaza, terutama ketika musim sejuk yang mencabar.
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dakwa atau tangkap, Presiden Yoon sedia dibicara - Peguam
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan ditahan setelah mahkamah melanjutkan tempoh waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan melaksanakan undang-undang tentera secara tidak sah, Disember lalu.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Myanmar musnah 563 ekar ladang candu
Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 563 ekar ladang candu di negeri Shan di timur Myanmar.
Seorang wanita nekad redah api selamatkan rumah
Dengan kebakaran Eaton Fire yang terus mengganas, seorang jururawat, Lynne Levin Guzman nekad meredah api untuk menyelamatkan rumah ibu bapanya daripada hangus dijilat api.
Korea Utara sahkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak sederhana baharu
Peluru berpandu itu terbang sejauh kira-kira 1,500 kilometer pada kelajuan 12 kali ganda kelajuan bunyi pada hari sebelumnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
Trump mahu jumpa, Kim Jong Un tegaskan tidak akan berlaku
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mahu bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un untuk meredakan ketegangan di Korea.
Kim Jong Un arah pengeluaran besar-besaran dron 'bunuh diri'
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilaporkan memantau ujian sistem senjata dron 'bunuh diri' dan mengarahkan pengeluaran besar-besaran senjata itu.
Korea Utara tandatangan perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Rusia
Korea Utara menandatangani perjanjian dengan Rusia dengan mewujudkan "perkongsian strategik yang komprehensif", dpa memetik agensi berita Pyongyang, KCNA.
Korea Utara lancar peluru berpandu jarak dekat ke arah Laut Timur
Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Timur pada pagi Selasa.
Menteri Korea Utara janji sokong penuh Rusia dalam perang di Ukraine
Menteri Luar Korea Utara Choe Son Hui berjanji untuk membantu Rusia dalam perang melawan Ukraine "sehingga hari kemenangan" semasa perbincangan dengan rakan sejawatnya Sergei Lavrov di Moscow.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.