PUTERA bongsu pemerintah Sharjah, Sheikh Khalid bin Sultan Al Qasimi meninggal dunia pada Isnin pada usia 39 tahun di London, menurut Pejabat Media Sharjah.
Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed bin Sultan Al Nahyan telah mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari apabila jenazah Khalid dihantar pulang.
Bendera akan dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh berkabung itu, menurut Kementerian Hal Ehwal Presiden.
Pemerintah Sharjah, Sheikh Sultan bin Muhammad Al Qasimi juga mengumumkan pemergian anakandanya melalui muat naik di Instagram.
“Sheikh Khalid bin Sultan Al Qasimi berada dalam jagaan Tuhan,” katanya menerusi entri Instagramnya.
Khalid merupakan seorang pereka fesyen di United Kingdom dan pemilik bersama jenama Qasimi Homme, di mana koleksinya membuat penampilan sulung pada 2008.
Beliau pernah menuntut ilmu di Sekolah Tonbridge di Kent, England dan kemudiannya belajar bahasa Sepanyol dan Perancis di University College London serta mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang seni bina di Association School of Architecture.
Reka bentuk pakaiannya pernah dipamerkan di Minggu Fesyen London dan Paris.
Sementara itu, Sultan bin Muhammad Al Qasimi merupakan graduan dari Universiti Exeter dan telah memerintah Sharjah sejak 1972.
Putera sulongnya, Sheikh Mohammed bin Sultan Al Qasimi dilaporkan meninggal dunia pada usia 24 akibat pengambilan dadah berlebihan pada 1999.
Memetik laporan British The Sun, beliau ditemui di bilik mandinya dan dikelilingi jarum suntikan dan tali leher diikat pada tangannya.
Isabelle Leong
Tue Jul 02 2019
Khalid merupakan seorang pereka fesyen di United Kingdom dan pemilik bersama jenama Qasimi Homme, di mana koleksinya membuat debut pada 2008. - Facebook /Sharjah Urban Planning Council
Angka korban penduduk Palestin hampir cecah 45,000 orang
Peningkatan jumlah korban ini berlaku selepas 48 rakyat Palestin lagi terbunuh dalam tempoh 24 jam terakhir akibat serangan udara Israel.
Perdasama terus mainkan peranan majukan usahawan Bumiputera
Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) akan terus memainkan peranan sebagai pelengkap dan jambatan penghubung antara kerajaan dan usahawan bumiputera.
Pemeriksaan mengejut timbangan sawit mulai 2025, lindungi pekebun kecil - Johari
Johari berkata ini juga sejajar dengan usaha menangani isu berkaitan aduan pekebun kecil mengenai wujudnya perbuatan memanipulasi timbangan.
Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun
Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II telah meninggal dunia pada usia 105 tahun.
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
Kestabilan politik dan kerjasama antara negara antara fokus ASEAN - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara rantau ASEAN ketika Malaysia bersiap sedia pengerusi ASEAN pada 1 Januari depan.
Penumpang Azerbaijan Airlines kongsi detik cemas
Salah seorang penumpang Azerbaijan Airlines, Subhonkul Rakhimov mendakwa mendengar dentuman kuat ketika pesawat itu menghampiri destinasinya di Grozny, selatan Rusia.
Putin mohon maaf, ucap takziah kepada keluarga mangsa
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (28 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
UAE kutuk serangan kejam sasar kediaman Duta UAE di Sudan
Ia merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap prinsip ketakbolehcabulan premis diplomatik.
Singapura serah bantuan kemanusiaan baharu ke Gaza
Singapura menyerahkan kira-kira 300 tan sardin dalam tin dan 1,000 tan beras kepada Gaza menerusi satu majlis pada Isnin, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri.
UAE gesa PBB bertindak tangani kebuluran di Sudan, ulangi komitmen kepada rundingan damai
UAE seru tindakan segera diambil bagi mengelakkan kebuluran di Sudan.
Agong berangkat ke majlis sambutan Hari Kebangsaan ke-52 UAE
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis sambutan Hari Kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang ke-52.
PM Anwar sifatkan lawatan ke UAE berjaya
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai membuahkan hasil yang baik dengan berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM40.6 bilion.
Hubungan dua hala dan ekonomi antara Malaysia dengan UAE terus berkembang
Hubungan dua hala dan ekonomi yang kukuh antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) terus berkembang dengan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara semakin meningkat.
Kabinet setuju kaji semula Bandar Malaysia, UAE dipelawa sertai projek
Menurut Perdana Menteri, Kabinet bersetuju untuk mengkaji semula projek pembangunan itu supaya ia melibatkan lebih ramai pihak.
Malaysia, UAE kukuhkan hubungan dua hala khususnya dalam konteks pertahanan - Hishammuddin
Malaysia dan UAE senada prospek ini mesti diterokai sebaik mungkin demi memacu kerjasama pertahanan dua negara ke tahap yang lebih tinggi.
Malaysia-UAE perkukuh kerjasama dalam sekuriti makanan - MAFI
Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sedia memperkukuhkan lagi kerjasama diplomasi sekuriti makanan antara kedua-dua negara, menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) hari ini.
UAE hentikan eksport gandum dari India selama empat bulan
Kementerian Ekonomi memaklumkan keputusan dibuat susulan perkembangan antarabangsa yang telah menjejaskan aliran perdagangan.