NEW YORK: Dalam satu kenyataan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyeru supaya tindakan segera diambil bagi mengelakkan kebuluran di Sudan.
UAE juga mengulangi sokongan kepada semua inisiatif yang bertujuan untuk mencapai gencatan senjata dan mengembalikan semula pemerintahan kerajaan orang awam di Sudan, termasuk secara rasmi menyeru semua pihak yang bermusuhan untuk menyertai dalam proses perbincangan di Jeddah, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Di PBB, Perwakilan UAE memuji peranan Uganda dan pegawai utama Kesatuan Afrika (AU), termasuk pemimpin serantau, dalam usaha mereka untuk mengakhiri krisis ini.
UAE telah menyokong seruan Majlis Keamanan dan Keselamatan AU kepada pemimpin puak bermusuhan untuk bertemu di bawah naungan AU dan Pihak Berkuasa Antara Kerajaan mengenai Pembangunan tanpa sebarang penangguhan serta mengambil bahagian dalam proses perbincangan politik Sudan yang inklusif di Addis Ababa dari 10 Jun hingga 15 Julai.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di New York, Perwakilan UAE di PBB membuat seruan segera untuk mengatasi risiko kebuluran dan terus menekankan kepentingan membenarkan dan memudahkan laluan bantuan kemanusiaan yang segera, tanpa halangan dan berterusan untuk orang awam yang memerlukan.
"Komuniti antarabangsa harus meningkatkan sokongan mereka kepada Sudan secara signifikan. Respons terhadap krisis ini terlalu penting untuk diteruskan daripada dilengah-lengahkan oleh puak-puak bermusuhan yang tidak mewakili kepentingan rakyat Sudan," kata Perwakilan UAE.
"UAE terus memberi tumpuan untuk bekerjasama dengan rakan-rakan antarabangsa bagi mengurangkan risiko kebuluran dan menggalakkan pihak-pihak yang bersengketa untuk terlibat secara positif dalam satu proses politik.
Tambahan pula, UAE menyokong semua inisiatif yang bertujuan untuk mengakhiri konflik ini dan dengan yakin percaya bahawa rundingan damai harus disokong oleh semua yang ingin melihat penyelesaian damai kepada konflik berkenaan, " katanya.
Negara itu mengesahkan "sokongan kepada usaha-usaha untuk meredakan ketegangan, melaksanakan gencatan senjata dan memajukan rundingan bagi mengembalikan kerajaan yang sah mewakili semua rakyat Sudan."
UAE akan terus membawa kesnya melalui PBB untuk membantu mengakhiri konflik ini dan menghapuskan "kabus" maklumat palsu daripada perbincangan antarabangsa yang cuba menyembunyikan jalan penyelesaian konflik dan mengakhiri penderitaan di Sudan. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024

Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyeru supaya tindakan segera diambil bagi mengelakkan kebuluran di Sudan. - Gambar fail REUTERS

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

UAE kutuk serangan kejam sasar kediaman Duta UAE di Sudan
Ia merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap prinsip ketakbolehcabulan premis diplomatik.

Singapura serah bantuan kemanusiaan baharu ke Gaza
Singapura menyerahkan kira-kira 300 tan sardin dalam tin dan 1,000 tan beras kepada Gaza menerusi satu majlis pada Isnin, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri.

UAE gesa PBB bertindak tangani kebuluran di Sudan, ulangi komitmen kepada rundingan damai
UAE seru tindakan segera diambil bagi mengelakkan kebuluran di Sudan.

Agong berangkat ke majlis sambutan Hari Kebangsaan ke-52 UAE
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis sambutan Hari Kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang ke-52.

PM Anwar sifatkan lawatan ke UAE berjaya
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai membuahkan hasil yang baik dengan berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM40.6 bilion.

Hubungan dua hala dan ekonomi antara Malaysia dengan UAE terus berkembang
Hubungan dua hala dan ekonomi yang kukuh antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) terus berkembang dengan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara semakin meningkat.

Kabinet setuju kaji semula Bandar Malaysia, UAE dipelawa sertai projek
Menurut Perdana Menteri, Kabinet bersetuju untuk mengkaji semula projek pembangunan itu supaya ia melibatkan lebih ramai pihak.

Malaysia, UAE kukuhkan hubungan dua hala khususnya dalam konteks pertahanan - Hishammuddin
Malaysia dan UAE senada prospek ini mesti diterokai sebaik mungkin demi memacu kerjasama pertahanan dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

Malaysia-UAE perkukuh kerjasama dalam sekuriti makanan - MAFI
Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sedia memperkukuhkan lagi kerjasama diplomasi sekuriti makanan antara kedua-dua negara, menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) hari ini.

UAE hentikan eksport gandum dari India selama empat bulan
Kementerian Ekonomi memaklumkan keputusan dibuat susulan perkembangan antarabangsa yang telah menjejaskan aliran perdagangan.