ABU DHABI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai membuahkan hasil yang baik dengan berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM40.6 bilion (AS$8.6 billion).
Beliau berkata kini terpulang kepada pimpinan kerajaan serta kementerian dan agensi terbabit untuk menjadikannya realiti yang pada akhirnya akan menguntungkan negara dan rakyat.
Katanya pelaburan terbesar adalah melalui pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU) iaitu di antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Majlis Pelaburan Antarabangsa UAE (UAEIIC) berhubung kerjasama bagi menggalakkan pelaburan serta MIDA dan dan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-Masdar berhubung projek-projek tenaga boleh diperbaharui di Malaysia dengan kapasiti sehingga 10 gigawatt bernilai AS$8 bilion.
"Saya juga mahu memberi penekanan kepada bidang Kecerdasan Buatan (AI) kerana UAE telah mencapai kemajuan yang menakjubkan dalam bidang ini. Masdar City dibangunkan secara canggih, moden dan memenuhi keperluan hijau dan kewujudan universiti bertaraf dunia, Mohamed bin Zayed University of Artifical Intellegence (MBZUAI), yang pertama mengkhususkan bidang AI.
"Mereka (MBZUAI) memberi laluan untuk bekerjasama dengan Malaysia dan universiti-universiti tempatan serta pelajar-pelajar Malaysia untuk belajar di sana bagi program siswazah," katanya kepada media Malaysia di akhir lawatan kerja dua hari beliau ke UAE di sini hari ini.
Anwar berkata sepanjang lawatan kerja itu, beliau berkesempatan bertemu dengan ramai tokoh-tokoh penting di UAE yang mewakili sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan termasuk Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan beberapa menteri kanan.
Perdana Menteri turut bertemu dengan pemegang taruh dana kekayaan berdaulat UAE, Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) dan syarikat-syarikat perniagaan terbesar di UAE seperti Mubadala, Lulu Group International, Aldar dan ILC.
Selain Masdar, komitmen pelaburan lain adalah dalam sektor logistik yang bernilai US$450 juta dan sektor aeroangkasa bernilai US$150 juta.
Perdana Menteri juga turut berinteraksi dengan 35 pemain industri utama UAE semasa sesi Meja Bulat bertajuk "Roundtable Meeting with the Captains of Industry in the UAE", selain pertemuan dengan Syarikat G42 yang mempunyai kepakaran dalam bidang AI.
Mengulas pertemuan dengan Presiden UAE, Anwar berkata pertemuan di antara mereka berlangsung lebih lama dari yang dirancang iaitu kira-kira satu jam.
"Pada pertemuan itu memang saya menekankan isu-isu ekonomi, perdagangan dan pelaburan. Sebagai sesama negara Islam, kita membincangkan soal diplomatik dan isu-isu serantau dunia Arab dan Asia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai membuahkan hasil yang baik dengan berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM40.6 bilion (AS$8.6 billion). - BERNAMA

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang esok menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini.

Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.

Menteri Pertahanan Israel batal lawatan ke AS di saat akhir
Media Israel melaporkan bahawa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mahu berbincang terlebih dahulu dengan Presiden AS, Joe Biden.

Agong selamat tiba di tanah air daripada Lawatan Negara ke China
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selamat berangkat tiba ke tanah air selepas mengadakan Lawatan Negara ke China selama empat hari.

Lawatan PM Anwar ke Pakistan beri potensi besar untuk hubungan dua hala - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
Kerjasama strategik Malaysia-Pakistan mempunyai "potensi yang sangat besar" memandangkan kedua-dua pihak berhasrat untuk memperluas hubungan mereka dalam pelbagai bidang.

Fadillah santuni komuniti Muslim Peru, perkukuh ukhuwah
Lawatan tersebut mencerminkan komitmen Malaysia dalam menyokong usaha dakwah oleh komuniti Muslim di Peru, khususnya di Amerika Selatan.

Lawat rumah ibadat bukan Islam: JAIPk mohon maaf undang salah faham
Kesemua peserta terlibat sedang mengikuti kursus yang bertujuan meningkatkan kefahaman mereka mengenai hal ehwal aktiviti dakwah.

Sheikh al-Azhar adakan lawatan rasmi ke Malaysia 2 hingga 5 Julai
Ketua Institusi Al-Azhar (Sheikh Al-Azhar), Al-Imam Al-Akbar Sheikh Prof Dr Ahmed Mohammed Al-Tayyib, akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama empat hari bermula Selasa ini.

Putin akan lawat Korea Utara, Vietnam - Kremlin
Selepas Korea Utara pada Selasa dan Rabu, Putin akan melawat Vietnam hingga Khamis.

Anwar adakan lawatan ke Sabah, Labuan hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan lawatan ke Sabah dan Labuan.