ANKARA: Warga Turkiye yang tinggal di luar negara mula mengundi di kedutaan asing di luar negara serta pintu masuk kastam pada Sabtu untuk pusingan kedua pemilihan presiden Turkiye yang dijadualkan pada 28 Mei.

Pengundian di luar negara akan diteruskan sehingga 24 Mei. Mereka yang ingin mengundi di pintu masuk kastam boleh mengundi sehingga 28 Mei, lapor Agensi Anadolu.

Pengundi mula mengundi di Kedutaan Turkiye di Baku dan konsulat Turkiye di Nakhchivan dan Ganja bermula 8 pagi waktu tempatan.

Rakyat Turkiye di Uzbekistan, Turkmenistan, Kazakhstan dan Kyrgyzstan juga mula mengundi pada Sabtu.

Di Sepanyol, warga Turkiye mula mengundi di pusat mengundi di kedutaan Turkiye di Madrid dan Barcelona. Pusat mengundi di negara itu akan ditutup pada Ahad.

Di Jerman, negara yang mempunyai jumlah pengundi luar negara Turkiye tertinggi, pusat mengundi akan dibuka antara 8 pagi dan 10 malam waktu tempatan sehingga Rabu.

Warga Turkiye di Belanda pula mengundi pada pukul 8 pagi waktu tempatan di Amsterdam, Den Haag dan Deventer.

Pengundi luar negara di Sweden, Switzerland, Finland, Belgium dan Ireland turut mengundi.

-- BERNAMA