ARDA Guler menjadi duri dalam daging buat Georgia apabila berjaya menghasilkan gol terbaik dalam debutnya di kejohanan antarabangsa bersama Turkiye di perlawanan pertama kumpulan I di Signal-Iduna Park pada Selasa.

Turki berjaya memimpin perlawanan 2-1 setelah sempat disamakan 1-1 di babak pertama oleh Georgia, sebelum menang 3-1 di minit-minit akhir perlawanan yang dihasilkan Kerem Akturkoglu.

Persembahan berkualiti Guler itu disempurnakan melalui gol cantik dari jarak jauh pada minit ke-65.

Mendapat bola di jarak 25 meter, Guler menyepak bola ke arah kanan atas gawang Giorgi Mamardashvili.

Kemenangan ini adalah yang keempat diraih Turkiye ke atas Georgia dari enam pertemuan sebelum ini.

Manisnya juga Guler dinobatkan sebagai man of the match dalam perlawanan ini.

Kualiti yang dipamerkan oleh Guler itu sudah pasti mengundang keterujaan ramai orang dan tidak terkecuali rakan sepasukannya Kerem Akturkoglu.

"Ini permulaan luar biasa tapi semua masih terlalu awal. Kami tidak pernah menang di perlawanan pertama EURO. Ini kemenangan bersejarah kami. Kami haruslah tetap membumi dan jika kemenangan ini bererti untuk banyak orang, ini akan mempunyai perjuangan mega dan pastinya kami nak teruskan."

"Saya sudah merasakan Guler memang akan mencetak gol tak lama setelah memegang bola. Masya-Allah, masya-Allah."



*Artikel disiarkan di Stadium Astro