Menurut laporan media tempatan, tiga orang turut cedera dalam kebakaran yang berlaku di Ninho de Urubu, tempat latihan kelab bola sepak Flamengo di Rio de Janeiro.
Kejadian malang itu dilaporkan berlaku ketika pemain pasukan tersebut sedang nyenyak tidur di asrama.

Namun, punca kebakaran masih belum diketahui.
Mangsa yang cedera dibawa ke sebuah hospital berdekatan.
Flamengo merupakan salah satu kelab terbesar dan paling terkenal di Brazil.
Pusat latihan Ninho de Urubu berkenaan diperluaskan dua bulan lalu.
