Sekurang-kurangnya 60 terbunuh dalam insiden letupan bom kereta di sebuah pusat latihan tentera di Aden, Yaman.
Angka korban dijangka akan terus meningkat berikutan jumlah mereka yang cedera turut tinggi.
Laporan awal menyebut 11 terbunuh dalam serangan bunuh diri yang berlaku pada Isnin waktu tempatan.
Menurut laporan AFP, penyerang bertindak memandu kenderaannya ke arah sekumpulan anggota tentera pelatih baharu sebelum kenderaan itu meletup.
“Pihak keselamatan masih memindahkan mereka yang terbunuh dan cedera dari kawasan kejadian,” lapor seorang anggota tentera.
Bandar pelabuhan itu menempatkan kem sementara tentera Yaman yang disokong oleh kerajaan Arab Saudi dan menyaksikan siri serangan dan letupan baru-baru ini.
Kumpulan pro al-Qaeda dan Daish dikatakan mengambil kesempatan dari pergolakan masyarakat sunnah dan syiah untuk menjadikan pegawai kerajaan sebagai sasaran dalam serangan mereka.
Lebih 6,600 penduduk, kebanyakannya orang awam terkorban dalam konflik itu sejak Mac 2015.
Agensi
Mon Aug 29 2016

Angka korban dijangka akan terus meningkat berikutan jumlah mereka yang cedera turut tinggi.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Malaysia kutuk keras serangan pengganas di Aden
Malaysia mengutuk keras serangan pengganas ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Aden

Mesir, Jordan, Rusia, PBB kutuk serangan di lapangan terbang Aden
Setiausaha Agung Antonio Guterres mengulangi komitmen tegas PBB untuk menyokong usaha proses politik yang dipimpin Yaman untuk mencapai penyelesaian inklusif.

26 maut dalam letupan di lapangan terbang Yaman
Walaupun semua menteri kerajaan dilaporkan selamat, lebih 50 mangsa tercedera.

Puak pemisah lancar rampasan kuasa di selatan Yaman
Perdana Menteri Yaman, Ahmed bin Dagher menuduh puak pemisah yang disokong oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) atas rampasan beberapa pejabat kerajaan sewaktu pertempuran di pelabuhan bandar Aden.

Sekurang-kurangnya enam maut serangan bom kereta di Yaman
Sekurang-kurangnya enam maut dan puluhan lagi cedera selepas dua penyerang bunuh diri bertindak meletupkan kereta berisi bahan letupan di Aden.

Malaysia kutuk serangan pengebom bunuh diri di Yaman
Malaysia mengutuk serangan pengebom bunuh diri di luar kem tentera daerah Khor Maksar, Aden, Yaman semalam.

Puluhan terbunuh dalam serangan bom kereta di kem tentera Yaman
Sekurang-kurangnya 60 terbunuh dalam insiden letupan bom kereta di sebuah pusat latihan tentera di Aden, Yaman.

Serangan pengebom bunuh diri di Yaman, 25 tentera terbunuh
Pengebom bunuh diri itu menyasarkan sekumpulan anggota tentera yang baharu menyertai tentera Yaman di markas Briged Armor ke-39 di daerah Khormaksar di Aden.