Presiden Venezuela, Hugo Chavez meninggal dunia pada Selasa selepas sekian lama menghidap kanser.
Kematiannya diumumkan oleh Naib Presiden Nicolas Maduro, tidak lama selepas keadaan kesihatannya diumumkan semakin merosot dan tenat kerana mengalami jangkitan.
"Kami telah menerima berita yang paling sukar dan paling tragis. Presiden Hugo Chavez meninggal dunia hari ini (Selasa) pada 4.25 petang," kata Maduro dalam pengumuman yang disiarkan melalui televisyen Venezuela.
Chavez, 61 tahun, mula disahkan mengidap kanser pada Jun 2011. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai sakitnya itu termasuk tidak pernah memaklumkan keadaan kansernya, di mana dan kanser apa.
Mendiang menjalani pembedahan tiga kali antara Jun 2011 sehingga Februari tahun lalu dan pada masa sama, melalui rawatan kemoterapi dan radiasi. Semua proses rawatan itu dilakukan di Havana, Cuba.
Biarpun melalui rawatan yang panjang, Chavez tidak juga sembuh.
Biarpun keadaannya yang tidak sihat, Chavez bertanding dalam pilihan raya Presiden pada Oktober 2011 dan menang mengalahkan Henrique Capriles. Majlis angkat sumpahnya yang dijadual pada 10 Januari bagaimanapun ditangguhkan dan tindakan itu dikritik hebat oleh penentangnya.
Dua bulan selepas menang pilihan raya Presiden itu, Chavez mengumumkan bahawa beliau memerlukan satu lagi pembedahan di Havana. Pembedahan keempat itulah yang membawa kepada keadaan kesihatan beliau yang semakin merosot dari minggu ke minggu sehinggalah kepada kematiannya pada Selasa.
Kematian Chavez meninggalkan Venezuela dalam keadaan berdepan krisis politik serta tanda tanya mengenai masa depan legasi perjuangan revolusi sosialismenya.
Chavez merupakan bekas tentera dan jadi presiden sejak 1999. Sepanjang kepimpinannya, beliau pernah berdepan cubaan guling kuasa pada 2002 yang bagaimanapun dapat digagalkan selepas 47 jam.
AFP
Tue Mar 05 2013
Kendali DAX secara haram, SC kenakan tindakan celaan terhadap Bybit
SC berkata Bybit dan Ben Zhou telah disenaraikan dalam Senarai Makluman Pelabur SC sejak Julai 2021.
Empat cedera dalam insiden tembakan dan tikaman di Lapangan Terbang Phoenix pada malam Krismas
Polis terima panggilan mengenai insiden tembakan di sebuah restoran di luar kawasan pemeriksaan keselamatan di Terminal 4 lapangan terbang.
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway
Penumpang bas terdiri daripada pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.
Jurutera miliki video pornografi kanak-kanak didenda RM6,000
Seorang jurutera didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini kerana memiliki video pornografi kanak-kanak serta video lucah di dalam komputer.
DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas.
Pantau Belanjawan: Di mana dan ke mana hala tuju reformasi pendidikan Malaysia?
Laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) yang disiapkan pada 2019 perlu dibuka semula untuk dijadikan dokumen asas kepada reformasi pendidikan pasca 2025. Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Anuar Ahmad menekankan kepentingan laporan ini dalam merangka reformasi pendidikan pasca 2025. Isu kritikal seperti jurang digital, kesenjangan pembelajaran, dan cabaran pasca-pandemik akan dibincangkan untuk memahami bagaimana JKD dapat kekal relevan dalam memastikan pendidikan terus berdaya maju.
Suami isteri, remaja 14 tahun maut motosikal bertembung
Tiga maut termasuk suami isteri selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Alor Pudak, Titi Haji Idris, malam tadi.
AWANI Ringkas: Daerah Miri, Subis, Beluru dan Marudi antara kawasan terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fakta Tsunami 2004
Berikut adalah info berkenaan dengan fakta Tsunami 2004.
Punca kematian Chavez disiasat
Presiden Bolivia, Evo Morales menggesa agar siasatan dijalankan bagi mencari punca kematian Presiden Venezuela, Hugo Chavez.
Mayat Chavez akan diawet untuk pameran muzium tentera
Mayat mendiang Presiden Venezuela, Hugo Chavez yang diawet akan dipamerkan secara kekal dalam sebuah keranda berkaca di muzium tentera negara itu.
Orang ramai tandatangani buku takziah di kedutaan
Pejabat Kedutaan Venezuela di seluruh benua Amerika Latin dibuka kepada orang ramai yang ingin menyampaikan ucapan takziah di atas pemergian mendiang Presiden Hugo Chavez.
Rakyat ratapi pemergian Hugo Chavez
Ribuan rakyat Venezuela membanjiri jalan-jalan utama di Caracas pada hari Rabu menyaksikan perarakan keranda mendiang Hugo Chavez.
Kematian Chavez bakal ubah politik Venezuela
Ikuti perbualan telefon wartawan Awani bersama Geostrategis, Dr. Azmi Hassan berikutan pemergian Presiden Venezuela, Hugo Chavez.
Pemimpin dunia ucap takziah pemergian Chavez
Beberapa pemimpin dunia turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah sempena pemergian Presiden Venezuela.
Presiden Venezuela, Hugo Chavez meninggal dunia
Pemimpin Venezuela, Hugo Chavez meninggal dunia pada Selasa, menurut pengumuman oleh Naib Presiden Nicolas Maduro.
Pengikut twitter Chavez cecah 4 juta
Hugo Chavez mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan jumlah pengikut Twitter sebanyak empat juta.
Majlis angkat sumpah Chavez boleh ditangguh
Mahkamah Agung Venezuela menegaskan, dari segi undang-undangnya, majlis angkat sumpah Presiden Hugo Chavez yang dijadualkan pada hari ini boleh ditangguhkan
Hugo Chavez semakin kritikal
Presiden Venezuela, Hugo Chavez alami jangkitan pernafasan selepas menjalani rawatan barah di Cuba.