Beberapa pemimpin dunia turut memberikan reaksi ke atas pemergian Chaves, antaranya Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu, Ban Ki- Moon.

“Presiden Venezuela telah banyak berjasa kepada negaranya, oleh itu saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga beliau, kerajaan dan rakyat Venezuela ke atas kehilangan presiden Hugo Chaves” katanya Ban Ki- Moon kepada pemberita.

White House dalam satu kenyataan balasnya pula mengumumkan bahawa Washington bersedia untuk menjalin hubungan yang lebih konstruktif dengan kerajaan Venezeula ekoran kematian Hugo Chavez.

Kenyataan itu juga menyebut, Amerika Syarikat terus komited kepada dasar mempromosikan prinsip demokrasi dan menghormati hak asasi manusia di negara berkenaan.

Bekas presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter pula menegaskan, biarpun pentadbiran Washington tidak bersetuju dengan cara pentadbiran Chavez namun komitmen mendiang kepada meningkatkan taraf hidup jutaan penduduk Venezuela tidak perlu dipertikaikan.