TUNIS: Presiden Tunisia, Kais Saied memecat Perdana Menteri Ahmed Hachani pada Rabu, menurut kenyataan pejabat presiden, lapor Xinhua.

Saied kemudiannya melantik Menteri Hal Ehwal Sosial, Kamel Maddouri sebagai perdana menteri baharu, menurut kenyataan itu tanpa mendedahkan butiran lanjut bagi pemecatan itu.

Hachani dilantik sebagai perdana menteri Tunisia pada Ogos tahun lalu.

-- BERNAMA