"Menurut keputusan awal, Saied memperoleh 2,438,954 undi.
"Bagi calon lain iaitu Ayachi Zammel, beliau memperoleh 7.35 peratus undi, manakala calon ketiga Zouhair Maghzaoui memperoleh 1.97 peratus undi," kata Presiden ISIE Farouk Bouasker dalam sidang akhbar.
Keputusan rasmi pilihan raya presiden akan diumumkan selewat-lewatnya pada 9 Nov, lapor Xinhua.
Tunisia mengadakan pilihan raya presiden setiap lima tahun, dan Saied yang berusia 66 tahun memegang jawatan presiden sejak dipilih pada 2019.
-- BERNAMA