Polis menemui ‘bilik penjara mewah’ yang lengkap dengan akuarium, sauna mudah alih dan juga bar minuman di sebuah penjara di Mexico, yang tiga hari lalu menjadi medan pertumpahan darah akibat rusuhan.
Sekurang-kurangnya 50 maut dalam rusuhan dan pergaduhan antara tahanan di Penjara Topo Chico yang terletak di bandar industri Monterrey dalam negeri Nuevo Leon pada Khamis lalu, kata pihak berkuasa seperti yang dilapor AFP.
Siasatan polis mendapati terdapat banyak kelonggaran yang telah diberikan pihak pengurusan penjara kepada orang yang ditahan, lebih-lebih lagi kerana tahanan itu individu berpengaruh.
Sebagai contoh, di dalam bilik penjara yang menempatkan ketua kartel dadah Zetas, Ivan Hernandez Cantu, atau dikenali dengan panggilan ‘El Credo’, terdapat sebuah katil kelamin bersaiz besar selain televisyen skrin rata serta ruang mandian mewah.
“Ketika kekecohan berlaku, seorang wanita turut berada bersamanya,” ujar Ketua Pendakwaraya Roberto Flores.
Penjara itu juga mempunyai bilik tahanan yang lengkap dengan alat pendingin hawa, peti sejuk mini, televisyen digital, akuarium dan sauna mudah alih. Semua kelengkapan dan barangan itu sudah dirampas.
Penjara itu juga mempunyai medan selera, kedai runcit dan juga bar minuman yang dikendalikan oleh tahanan penjara.
Pada Khamis, rusuhan dan pergaduhan tersebut dipercayai berlaku apabila Hernandez dan seorang lagi pemimpin Zetas, Juan Pedro Zaldivar Farias atau ‘Z-27’ berebut hak menguasai penjara itu.
Kebanyakan mangsa mati akibat ditikam atau dipukul dengan batang kayu oleh tahanan penjara lain.
Pihak pemerintah pada Ahad menyatakan bahawa pasukan polis berjaya mengawal situasi di penjara tersebut sekali gus ‘mengakhiri perebutan kuasa pemimpin jenayah terancang yang dibantu sesetengah pihak berkuasa penjara’.
Kaum keluarga orang yang dipenjara memberithau bahawa tahanan lain terpaksa membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan air dan makanan memandangkan sudah tidak tahan dengan makanan berkualiti rendah yang disediakan pihak penjara.
“Semua kelebihan itu sudah berakhir,” ujar Ketua Keselamatan Awam, Cuauhtemoc Antunez.
Topo Chico menempatkan seramai 3,800 orang ketika rusuhan berlaku dan angka itu adalah 35 peratus lebih ramai daripada yang mampu ditampung. Penjara itu mengurung anggota kartel dadah dan juga pesalah jenayah lebih kecil yang menunggu sesi perbicaraan.
Seramai 233 tahanan telah dipindahkan ke penjara lain akibat perbuatan ganas, termasuk dua pemimpin Zetas.
Warden dan superinten dan penjara itu telah ditangkap dan didakwa atas kesalahan menyeludup dadah dan kegagalan mematuhi langkah keselamatan.
Agensi
Mon Feb 15 2016
Anggota tentera berkawal di sekitar Penjara Topo Chico selepas insiden rusuhan yang mengorbankan kira0kira 50 nyawa pada Khamis lalu. - Foto AFP
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Kartel dadah Mexico buat kejutan agihkan hadiah Krismas
Mereka menjalankan urus niaga haram namun pada masa yang sama 'memberi saguhati' kepada penduduk di kawasan yang mereka kuasai.
Polis temui sauna, akuarium dan bar dalam penjara di Mexico
Penemuan itu susulan berlaku rusuhan besar yang mengorbankan kira-kira 50 orang tahanan, berpunca daripada perebutan kuasa di dalam penjara Topo Chico.