BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin telah mengarahkan pemindahan segera warga Thailand dari Israel berikutan peningkatan serangan bersenjata antara tentera Israel dan Hamas.
Srettha berkata beliau telah mengarahkan Tentera Udara Diraja menyediakan pesawat Airbus A340 dan C-130 untuk menjalankan operasi itu.
"Ketua Udara Marshal Phanpakdee Pattanakul, Komander Tentera Udara Diraja, telah mengesahkan perkara itu dan bersedia untuk mengambil tindakan.
"Tentera dan pasukan perubatan kecemasan sedang bersiap sedia. Saya mahu semua rakyat Thailand pulang dengan selamat," tulisnya di X, sambil menambah beliau mengikuti situasi itu dengan rapat dengan Kementerian Luar.
"Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Israel. Kejadian ini tidak sepatutnya berlaku," tambahnya.
Perdana Menteri juga menyuarakan kebimbangan mengenai laporan dua atau lebih pekerja Thailand telah diculik.
"Kami sedang mengesahkan maklumat itu dengan pihak berkuasa Israel," katanya.
Media tempatan melaporkan terdapat kira-kira 25,000 warga Thailand di Israel manakala Kementerian Luar berkata pada masa ini terdapat kira-kira 5,000 warga Thailand menetap di kawasan Semenanjung Gaza.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Kanchana Patarachoke berkata pada masa ini, pihak berkuasa Israel tidak dapat mengesahkan maklumat tersebut.
"Kami akan mengesahkannya sebaik sahaja mereka mampu. Kerajaan Diraja Thailand memandang serius perkara ini dan telah mengarahkan Kedutaan Diraja Thailand untuk memantau perkembangan secara aktif dalam keadaan segera," katanya.
Kanchana berkata akan ada satu mesyuarat Pusat Penyelarasan Kecemasan, melibatkan semua agensi Thailand yang berkaitan di Jabatan Hal Ehwal Konsular, Kementerian Luar hari ini.
Kanchana menambah bahawa seorang warga Thailand yang bekerja di Moshav Mivtahim, Israel, telah ditembak di kaki.
Beliau berkata Kedutaan Diraja Thailand di Tel Aviv, Israel sedang berhubung dengan warga Thailand itu untuk memberikan bantuan perubatan dalam talian daripada doktor.
"MFA akan terus memantau perkembangan semasa dan akan menyediakan kemas kini secara berkala. Rakyat Thailand yang terjejas oleh situasi itu harus menghubungi Kedutaan Diraja Thailand di Tel Aviv dan Bahagian Perlindungan Warganegara Thai di Luar Negara, Jabatan Hal Ehwal Konsular," katanya.
Kanchana berkata Kedutaan Diraja Thailand telah mengeluarkan amaran untuk warga Thailand yang menetap di Israel dan mengedarkan klip video mengenai prosedur berkaitan yang perlu diikuti apabila mendengar siren serangan udara.
Menurut media antarabangsa sekurang-kurangnya 550 orang awam dari kedua-dua pihak terbunuh manakala lebih 3,000 yang lain cedera dalam serangan balas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023
Srettha berkata beliau telah mengarahkan Tentera Udara Diraja menyediakan pesawat Airbus A340 dan C-130 untuk menjalankan operasi itu. - Gambar fail/AP
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
PM Thailand Paetongtarn berlepas pulang
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra berlepas pulang hari ini selepas menamatkan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.
PM Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Thailand
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menganjurkan majlis makan tengah hari rasmi bagi meraikan rakan sejawatannya dari Thailand Paetongtarn Shinawatra.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Thailand arah langkah bantuan segera untuk wilayah selatan yang dilanda banjir
Perdana Menteri Thailand telah mengarahkan langkah bantuan banjir yang pantas dan menyeluruh untuk Selatan Thailand, yang banjir teruk telah menyebabkan kemusnahan meluas.
PM Thailand Paetongtarn tidak tahu rancangan kepulangan Yingluck
Perdana Menteri Thailand berkata beliau tidak mengetahui sebarang rancangan untuk kepulangan ibu saudaranya yang kini hidup dalam buangan, Yingluck Shinawatra.
PM Thailand Paetongtarn arahkan penghantaran bantuan banjir
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra mengarahkan penghantaran bantuan kepada penduduk di wilayah utara yang terjejas akibat banjir.
Kabinet baharu Thailand dijangka dimuktamadkan minggu ini
Kabinet baharu Thailand dijangka dimuktamadkan minggu ini, menurut Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra.
PM Thailand tamatkan lawatan kerja ke Malaysia
Srettha tiba di Malaysia pada Rabu untuk lawatan sulung selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 5 Sept lepas.
Agong terima menghadap PM Thailand Srettha di Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin di Istana Negara hari ini.