KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin di Istana Negara hari ini.
Srettha yang tiba pada 12.50 tengah hari meluangkan masa lebih 30 minit di Istana Negara.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel.
Srettha kini dalam lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula hari ini, dan ia merupakan kunjungan sulung beliau ke negara ini selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Thailand pada 5 Sept.
Hari ini, Srettha turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kedua-dua pemimpin dijangka menilai semula kemajuan hubungan dua hala, terutama kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan dan keselamatan sempadan, di samping meneroka bidang kerjasama baharu seperti keselamatan siber, ekonomi digital dan ekonomi hijau.
Pada 2022, Thailand merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia dan ketiga terbesar dalam ASEAN, dengan jumlah dagangan sebanyak RM122.03 bilion (AS$27.75 bilion), peningkatan 17.9 peratus berbanding RM97.55 bilion (AS$23.54) pada 2021.
Sementara itu dalam hantaran di Instagram, Istana Negara memaklumkan dalam sesi menghadap yang berlangsung selama 30 minit itu, Al-Sultan Abdullah dan Srettha menyentuh berkenaan hubungan dua hala istimewa yang erat terjalin dan usaha pengukuhan kerjasama antara Malaysia dan Thailand.
Seri Paduka turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Srettha atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand ke-30.
"Seri Paduka turut menzahirkan rasa dukacita kepada Srettha berhubung kejadian tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon, Bangkok yang mengorbankan dua nyawa, dan lima yang lain cedera baru-baru ini," menurut hantaran itu.
Pada 3 Okt lepas, peristiwa menyayat hati itu berlaku apabila penyerang berusia 14 tahun, menggunakan pistol peluru kapur yang diubah suai, melepaskan tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2023
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
Indeks Sentimen PKS meningkat, bukti keyakinan PMKS
Momentum positif yang direkodkan dalam kajian ini sekali lagi menekankan kedudukan PMKS sebagai segmen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang secara signifikan kepada trajektori pertumbuhan Malaysia.
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
[Data & Statistik] Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Trend peningkatan Indeks Sentimen PKS mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, jangkaan jualan yang kukuh serta perancangan yang diperbaharui untuk pengembangan dan penciptaan peluang pekerjaan.
Strategi Malaysia mendepani dasar luar jangka era Trump
Rantau Asia terutama ASEAN dilihat berada pada kedudukan paling stabil terutama dari segi pertumbuhan ekonomi, geopolitik dan keselamatan pada ketika ini. Bagaimana Malaysia harus respond kepada perang dagang 2.0 antara AS-China yang mungkin memuncak?
Semangat membara Soon Huat-Shevon
Kejayaan mara ke separuh akhir WTF di China pertengahan bulan ini sebagai pencapaian yang tidak pernah mereka gambarkan.
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
KLCC Holdings akan majukan tanah di Bandar Malaysia
Ia adalah tapak bekas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi, di Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: 7 maut, 33 yang lain cedera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Disember 2024]
Fokus Awani Pagi Bersama Syazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
Musa menjunjung kasih kepada Agong atas pelantikan sebagai TYT Sabah ke-11
Tun Musa Aman menjunjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas perkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11.
Musa Aman dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah
Musa yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga dilantik bagi menggantikan TYT sekarang, Tun Juhar Mahiruddin.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.