SAN FRANCISCO: Platfrom X (Twitter) Elon Musk, kini kembali menerima iklan politik, selepas kira-kira empat tahun, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Larangan yang diperkenalkan pada Oktober 2019 itu pada mulanya akan ditarik balik di Amerika Syarikat, menurut hantaran blog itu pada Selasa.
Bekas ketua Twitter Jack Dorsey yang mewajarkan larangan itu berkata capaian politik perlu diperoleh dan bukan dibeli.
X kini merujuk komitmen perkhidmatannya kepada kebebasan bersuara.
Pada masa yang sama, platform itu akan mengenakan beberapa peraturan terhadap penyebaran mesej politik berbayar.
Mesej politik dilarang mengandungi maklumat palsu atau mengelirukan. Ini termasuk gambaran salah yang bertujuan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap kesahihan pilihan raya.
Sekatan ini mungkin mengehadkan cara bekas presiden Donald Trump dan penyokongnya menggunakan X dalam kempen presiden 2024.
Apa pun hakikatnya, Trump tetap mendakwa bahawa pilihan raya lepas "telah dicuri" daripadanya.
Musk telah mengaktifkan semula akaun Trump yang telah lama diharamkan pada perkhidmatan itu. Setakat ini, bekas presiden itu hanya sekali menggunakannya, memuat naik gambar mugshot yang dirakam oleh polis.
Trump aktif di rangkaian media sosialnya sendiri, Truth Social.
Rangkaian itu kini hanya mempunyai 6.4 juta pelanggan,manakala di X beliau berjaya mendapatkan lebih 80 juta pengikut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023

Pada masa yang sama, platform itu akan mengenakan beberapa peraturan terhadap penyebaran mesej politik berbayar. -Freepik

Permohonan maaf Astro Audio
Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai kami, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.

Brazil gantung X, akaun Starlink dibeku
Platform X diarah digantung sepenuhnya sehingga semua arahan mahkamah dipatuhi.

Suruhanjaya Eropah dapati X milik Elon Musk langgar undang-undang digital EU
Platform media sosial Elon Musk, X, didapati melanggar undang-undang digital EU kerana menipu pengguna dan kegagalan dalam ketelusan, kata Suruhanjaya Eropah dalam satu penemuan awal.

Kepengerusian Malaysia 2025 amat penting untuk ASEAN - Setiausaha Agung
Dr. Kao Kim Hourn telah menekankan bahawa peranan Malaysia selaku pengerusi ASEAN pada tahun depan akan menjadi amat penting bagi kumpulan itu.

Nahas helikopter Lumut: Komen jelik, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.

Fahmi nafi minta platform X padam hantaran kecam beliau
Menteri Komunikasi menafikan telah membuat laporan kepada MCMC untuk mengarahkan platform X memadam hantaran berkaitan kecaman terhadap beliau.

Petisyen cabar Enakmen Syariah: Mahkamah tegur peguam ulas putar belit di X
Mahkamah menegur seorang peguam yang membuat kenyataan bersifat putar belit mengenai prosiding petisyen untuk mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 di platform X.

Elon Musk pertimbang bawa keluar X dari Eropah - Laporan
Pemilik X dilaporkan kurang senang dengan tindakan EU kenakan peraturan baharu yang dikenakan bagi platform internet di rantau tersebut.

Platform X benarkan semula iklan politik
Pada masa yang sama, platform itu akan mengenakan beberapa peraturan terhadap penyebaran mesej politik berbayar.

45 pesawat, 9 kapal China dikesan hampiri Taiwan
Kementerian Pertahanan Taiwan pada Ahad berkata sebanyak 45 pesawat Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) dan sembilan kapal PLAN dilihat menghampiri pulau itu sejak sehari lalu.