Pasca pilihan raya Presiden Afghanistan, undi-undi kini mula dikira bagi mengetahui siapa bakal memenangi pilihan raya tersebut yang berlangsung pada Sabtu.
Proses demokrasi itu bagaimanapun dibayangi tuduhan penyelewengan undi.
Sementara itu, serangan puak Taliban, yang bertujuan mengganggu proses pilihan raya di kawasan selatan serta utara, menyebabkan puluhan orang maut.
Kebanyakan warga Afghanistan merungut mengenai senarai daftar pemilih yang didakwa kurang lengkap, sistem biometrik yang tidak cekap, serta tiada kerjasama yang baik dalam kalangan petugas pilihan raya.
Pada Sabtu, warga Afghanistan keluar mengundi untuk memilih presiden baharu bagi tempoh lima tahun akan datang.
Presiden baharu itu kelak akan mewarisi sebuah negara yang sarat dengan konflik, pertikaian bersama Taliban dan perang tanpa kesudahan selama lebih empat dekad.
Seramai 16 calon termasuk penyandang presiden, Ashraf Ghani dan bekas menteri luar, Abdullah Abdullah bertanding merebut jawatan presiden kali ini.
Keputusan pusingan pertama pilihan raya hanya akan diketahui tiga minggu kemudian.
Astro Awani
Sun Sep 29 2019
Kertas undi kelihatan di atas meja ketika pilihan raya presiden berlangsung, di sebuah pusat pengundian di Kabul, Afghanistan, 28 Sept, 2019. (Foto AP)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pilihan raya Presiden Afghanistan: Proses kiraan undi bermula
Serangan puak Taliban, yang bertujuan mengganggu proses pilihan raya di kawasan selatan serta utara, menyebabkan puluhan orang maut.