JAKARTA: Pilihan raya presiden Indonesia semakin rancak apabila Anies Baswedan dan Muhaimin Iskandar masing-masing diisytihar calon presiden dan naib presiden bagi penggal 2024-2029.
Pengumuman itu dibuat semasa majlis pengisytiharan oleh Pengerusi Parti Nasdem Surya Paloh di Surabaya, Jawa Timur dan disiarkan secara langsung di televisyen tempatan.
Anies, 54, adalah bekas gabenor Jakarta dari 2017 hingga 2022 manakala Muhaimin, juga dikenali sebagai Cak Imin, adalah presiden Parti Kebangkitan Bangsa.
Menurut Surya, kedua-dua calon memiliki kualiti kepimpinan yang boleh memberi perspektif baharu dalam menangani cabaran masyarakat pada masa hadapan.
Kedua-duanya akan didaftarkan secara rasmi sebaik pendaftaran Pilihan Raya Presiden Indonesia 2024 dibuka dari 19 Okt hingga 25 Nov.
"Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Anies sebagai calon presiden dan Muhaimin sebagai calon timbalan presiden," katanya pada majlis itu.
Anies menyertai senarai calon presiden yang lain, termasuk Gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo dan Menteri Pertahanan Prabowo Subianto.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 02 2023

Kedua-duanya akan didaftarkan secara rasmi sebaik pendaftaran Pilihan Raya Presiden Indonesia 2024 dibuka dari 19 Okt hingga 25 Nov. - Gambar Antara Foto/Moch Asim/via Reuters
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Belia 4B tawar Mohd Ridhwan calon Presiden Majlis Belia Malaysia
Gerakan Belia 4B Malaysia mencalonkan Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali untuk bertanding bagi jawatan Presiden dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia ke-73.

Arnold Schwarzenegger sokong Kamala Harris untuk Presiden
Schwarzenegger menegaskan bahawa beliau -sentiasa akan menjadi rakyat AS sebelum menjadi Republikan".

Kamala Harris terima pencalonan presiden parti Demokrat AS
Jaime Harrison mengesahkan bahawa Naib Presiden Harris memperoleh lebih daripada undian majoriti daripada semua perwakilan.

Harris peroleh cukup sokongan bagi pencalonan presiden parti Demokrat
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris memperoleh sokongan yang mencukupi bagi memenangi pencalonan presiden Demokrat.

Iran luluskan enam calon untuk Pilihan Raya Presiden 28 Jun
Ibu Pejabat Pilihan Raya Iran telah mengumumkan senarai akhir calon presiden yang diluluskan oleh Majlis Penjaga.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pilihan Raya AS: Biden peroleh cukup perwakilan untuk jadi calon presiden Demokrat
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah memperoleh cukup perwakilan untuk muncul sebagai calon presiden bagi Parti Demokrat pada pilihan raya presiden AS 2024.

Presiden Joko Widodo anugerah Prabowo Subianto pangkat jeneral empat bintang
Menteri Pertahanan Indonesia dan calon presiden Prabowo Subianto dianugerahkan pangkat jeneral kehormat empat bintang oleh Presiden Joko Widodo pada Rabu.

Indonesia Emas 2045... Cabaran buat pengganti Jokowi?
Antara yang dipersoal adalah tentang sama ada anggaran untuk menyediakan peruntukan bagi menunaikan janji-janji setiap calon itu mencukupi.

Pilihan Raya Indonesia: Anies, Muhaimim sebagai calon presiden, timbalan presiden
Pilihan raya presiden Indonesia semakin rancak apabila Anies Baswedan dan Muhaimin Iskandar masing-masing diisytihar calon presiden dan naib presiden bagi penggal 2024-2029.