"Semasa misi latihan rutin malam di sektor Barmer, sebuah pesawat MiG-29 milik Tentera Udara India (IAF) mengalami masalah teknikal yang kritikal, memaksa juruterbang melenting keluar dari pesawat.
"Juruterbang dilaporkan selamat dan tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan," menurut kenyataan Tentera Udara India.
Wilayah Barmer terletak berhampiran dengan sempadan Pakistan.
Lokasi nahas berada di kawasan berbukit yang jauh dari penempatan penduduk, kata seorang pegawai polis kepada media tempatan. - BERNAMA