Seorang wanita yang juga pesakit kanser payudara maut ketika menjalani rawatan gara-gara mesin radiasi yang mengalami kerosakan.
Valentina Minakova, 51 tahun, maut akibat kecederaan pada dada dan abdomen apabila meja tempat dia berbaring, yang juga sebahagian daripada mesin tersebut tiba-tiba bergerak ke atas lalu menekan tubuh mangsa pada bahagian mesin yang sedang bergerak.
"Mangsa mengalami kecederaan parah yang menyebabkannya meninggal dunia serta-merta," kata laporan pejabat pendakwa daerah.
Dalam kejadian di Pusat Onkologi Klinikal Voronezh itu, Minakova dilaporkan menjerit kesakitan apabila tubuhnya dihimpit mesin radiasi tersebut namun para petugas perubatan yang bergegas ke dalam bilik setelah mendengar jeritan mangsa gagal menyelamatkannya.
Suami mangsa yang menunggu di koridor luar juga gagal berbuat apa-apa untuk menyelamatkan isterinya.
Ketika insiden berlaku, mesin radiasi buatan Czech itu dikendalikan seorang juruteknik dan bukannya seorang doktor.
Mesin terbabit dikatakan mempunyai butang kecemasan untuk menghentikan operasi namun menurut sumber, butang tersebut sama ada tidak berfungsi atau tidak ditekan.
Ketua Doktor di pusat terbabit, Ivan Moshurov berkata, meja tempat mangsa berbaring ketika menjalani rawatan bergerak ke atas secara tiba-tiba dan menekan badan mangsa pada bahagian collimator yang memancarkan radiasi gamma.
Suruhanjaya Siasatan Rusia kini menyiasat insiden sebagai kes kecuaian.
Agensi
Sun May 26 2019
Valentina Minakova meninggal dunia serta-merta akibat kecederaan yang dialaminya. - Foto east2west news
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun
Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan.
Industri perbankan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah ekonomi mampan, inklusif
Institusi kewangan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Belanjawan 2025: Komitmen berterusan kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal, pertumbuhan seimbang - Khazanah
Khazanah dan syarikat-syarikat portfolionya kekal selaras dengan visi Belanjawan 2025 dan sedia menyokong agenda yang berpandangan jauh.
Belanjawan 2025: Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk pacu inovasi AI
Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI).
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Dua terbunuh selepas jet latihan tentera terhempas - PM Bulgaria
Dua individu disahkan maut selepas jet latihan tentera Bulgaria terhempas pada Jumaat.
Lelaki maut, kemalangan kereta dan bas ekspres
Seorang lelaki maut apabila kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di kilometer 24 Jalan Bahau.
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
13 orang maut di negeri Tamil Nadu, India selepas minum arak tiruan
Sekurang-kurangnya 13 orang maut pada Rabu selepas meminum arak tiruan di negeri Tamil Nadu, India.
Empat maut, 120 cedera gempa bumi di timur Iran
Gempa bumi berukuran 5.0 pada skala Richter dengan kedalaman enam kilometer berlaku pada 1.24 tengah hari waktu tempatan.
Pekerja ladang wanita maut dipukul rakan sekerja
Selepas tujuh hari bertarung nyawa, seorang pekerja ladang maut akibat dipukul rakan sekerja dalam satu pergaduhan di sebuah ladang di Paitan.
Lapan maut dalam trak sejuk beku di China
Seramai lapan orang maut dipercayai sesak nafas ketika berada dalam sebuah trak sejuk beku di wilayah Henan, China.
Lelaki maut dihempap jengkaut
Dalam kejadian sekitar jam 4 petang itu, mangsa yang berusia 39 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Remaja 14 tahun maut akibat langgar lari di Nilai
Seorang remaja lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan di Batu 9 Jalan Labu, Nilai pada 6.45 pagi tadi.
Malim gunung meninggal dunia di puncak Gunung Hitam
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa Norfazli Abd Aziz, 57, disahkan meninggal dunia pada jam 5.50 petang tadi oleh pegawai perubatan.