Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang melakukan perang terhadap kegiatan dadah di negara itu, kini beralih ke fasa yang lebih tinggi dengan menyasarkan ‘ikan besar’, iaitu rangkaian dalang utama di sebalik bekalan dadah serta pihak-pihak berkepentingan yang selama ini berlindung dalam strata masyarakat yang lebih tinggi.
Duterte mengeluarkan arahan pada Selasa lepas, bahawa kempen membanteras itu tidak akan melibatkan pasukan polis, sebaliknya menyerahkan keseluruhan operasi kepada agensi anti-dadah negara itu.
Ketua Polis Filipina telah membubarkan kesemua 18 unit polis anti-dadah pada Khamis serta menyalurkan unit berkenaan bagi membanteras kegiatan jenayah yang lain.
“Kami kini menyasarkan dalang kepada sindiket ini, juga pelindung mereka yang merupakan individu kerajaan,” kata jurucakap Presiden, Ernesto Arbella kepada wartawan.
Abella turut berkata, aktiviti pengedaran dadah di jalanan oleh ‘raja dadah’ ini telah sedikit sebanyak berjaya dibendung dalam operasi atau kempen yang dijalankan oleh pihak polis sepanjang tempoh 15 bulan tersebut.
Mesej tersebut kedengaran sama seperti pengumuman yang dibuat setahun sebelum itu, di mana sebuah organisasi melancarkan “Project Double Barrel Alpha’ untuk menjejaki pembekal dan pengedar dadah ini.
Para pemerhati selama ini mengkritik kempen pembanterasan dadah yang dilaksanakan di bawah arahan Duterte, kerana ribuan orang yang dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah peringkat bawahan, terbunuh di tangan polis.
Duterte sebelum ini berdepan amaran dari komuniti hak asasi manusia dan penggubal undang-undang serantau serta Eropah, yang menyatakan bahawa Filipina boleh hilang keahlian dalam Perubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana tindakan tersebut.
Agensi
Thu Oct 12 2017

Duterte memberi lebih kuasa kepada agensi anti-dadah Filipina dalam usaha membanteras dadsah di negara itu. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Belanjawan 2021: Beri tumpuan terhadap pencegahan, pemulihan dadah - Ikon AADK
Peruntukan itu akan membantu AADK memperbaiki lagi keberkesanan program pemulihan dadah.

Banteras dadah: Keberkesanan risikan antara penyumbang utama
Pencapaian sejak tahun lalu amat memberangsangkan dalam usaha pihaknya memerangi musuh nombor satu negara itu dengan kesepakatan kesemua aspek.

Perang banteras dadah Filipina kini sasarkan 'ikan besar'
Rangkaian dalang utama di sebalik bekalan dadah serta pihak-pihak berkepentingan yang selama ini berlindung dalam strata masyarakat kini diburu.

Duterte beri amaran mahu laksana undang-undang pemerintahan tentera
Duterte berkata demikian sebagai sebahagian daripada kempen kontroversi untuk membanteras penyalahgunaan dadah dalam masyarakat.