PARIS: Perancis akan melarang pelajar perempuan memakai abaya atau jubah panjang longgar yang lazimnya dipakai oleh wanita Muslim di semua sekolah kerajaan, demikian diumumkan Menteri Pendidikan negara itu menjelang pembukaan musim baharu persekolahan, lapor portal berita Al-Jazeera.
Perancis, yang mengenakan hukuman ketat terhadap semua tanda agama di sekolah-sekolah sejak abad ke-19 telah menggugurkan pengaruh Katolik tradisional daripada pendidikan umum, selain gigih mengemaskini panduan dalam berhadapan dengan pertumbuhan golongan minoriti Muslim di negara itu.
Sekolah-sekolah umum di Perancis juga tidak mengizinkan pemakaian salib besar, kopiah Yahudi dan tudung yang sering dikenakan wanita Islam.
Pada tahun 2004, negara ini melarang pemakaian tudung di sekolah dan pada tahun 2010 pula meluluskan undang-undang mengharamkan pemakaian niqab atau purdah yang menutup sebahagian besar wajah wanita Muslim (kecuali mata) di tempat umum sehingga mencetus kemarhan lima juta komuniti Islam.
"Saya telah memutuskan bahawa abaya (jubah) tidak boleh lagi dipakai di sekolah," kata Menteri Pendidikan, Gabriel Attal dalam wawancara dengan sebuah stesen televisyen tempatan.
"Apabila anda memasuki kelas, anda seharusnya tidak dapat mengenal pasti agama seseorang pelajar itu hanya dengan melihat penampilan mereka.”
Keputusan ini dibuat selepas berbulan isu pemakaian menutup aurat di sekolah-sekolah Perancis didebatka selain kaum wanita telah lama dilarang bertudung.
Pertubuhan hak manusia yang berpihak kepada larangan ini amat bersetuju dengan polisi kerajaan sementara, pertubuhan berhaluan kiri pula menyifatkan pengharam itu meragut hak kebebasan sivil.
Dewan Muslim Perancis (CFCM) iaitu sebuah organisasi yang mencakupi banyak pertubuhan bukan kerajaan Islam berpendapat, pakaian yang dikenakan tidak menggambarkan "tanda agama." - Agensi
Agensi
Mon Aug 28 2023
Perancis akan melarang pelajar perempuan memakai abaya atau jubah panjang longgar yang lazimnya dipakai oleh wanita Muslim di semua sekolah kerajaan. - Gambar hiasan
JPJ sita lori tercabut tayar, dipercayai punca kemalangan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyita lori yang mengalami tayar tercabut dan dipercayai mengakibatkan kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
AWANI Ringkas: Nahas Ayer Keroh: JPJ sita lori terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua pelayar maut dalam perlumbaan kapal layar Sydney ke Hobart
Dua pelayar maut dalam insiden berasingan semasa perlumbaan kapal layar tahunan Sydney ke Hobart, kata penganjur pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.
Hanya 60 peratus hasrat tercapai setakat ini - Bin Shen
Katanya, 40 peratus lagi hasratnya belum tercapai, termasuk untuk mengemudi Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih emas di Sukan Olimpik Paris 2024.
Kendali DAX secara haram, SC kenakan tindakan celaan terhadap Bybit
SC berkata Bybit dan Ben Zhou telah disenaraikan dalam Senarai Makluman Pelabur SC sejak Julai 2021.
Empat cedera dalam insiden tembakan dan tikaman di Lapangan Terbang Phoenix pada malam Krismas
Polis terima panggilan mengenai insiden tembakan di sebuah restoran di luar kawasan pemeriksaan keselamatan di Terminal 4 lapangan terbang.
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway
Penumpang bas terdiri daripada pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.
Jurutera miliki video pornografi kanak-kanak didenda RM6,000
Seorang jurutera didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini kerana memiliki video pornografi kanak-kanak serta video lucah di dalam komputer.
DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas.
Taufan Chido: Penduduk kepulauan Mayotte luah kemarahan pada Macron
Penduduk terjejas akibat taufan Chido di kepulauan Mayotte merayu kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron untuk melakukan lebih banyak usaha membantu mereka pada Khamis.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Michel Barner disingkir sebagai PM Perancis dalam undi tidak percaya
Barner dipaksa meletakkan jawatan hanya tiga bulan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Perancis.
Ribuan berarak di Perancis berhubung keganasan terhadap wanita susulan kes rogol
Kesatuan sekerja CGT melaporkan 100,000 peserta hadir dalam protes pada Sabtu, termasuk 80,000 di Paris.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.
Liga Negara-Negara UEFA: Itali dan Perancis mara ke suku akhir
The Azzurri menewaskan Belgium 1-0, dengan Sandro Tonali menjaringkan gol antarabangsa pertamanya.
Liga Negara-Negara UEFA: Hilang bisa tanpa Mbappe, skuad Perancis ibarat sama seperti PSG
Di sebalik kegagalan mendapatkan gol kemenangan, Perancis memastikan mereka melangkah ke suku akhir bersama Itali.
Mbappe tidak mahu bermain untuk Perancis lagi
Mbappe sedang mempertimbangkan keputusan untuk meninggalkan pasukan kebangsaan Perancis, menurut laporan beberapa media di Eropah.
Serangan sengaja Israel terhadap anggota pengaman PBB tidak boleh diterima - Perancis
Perancis pada Jumaat mengecam serangan Israel ke atas anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di selatan Lubnan.