Sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan maut apabila penyerang bersenjata melepaskan tembakan yang menyasarkan orang ramai di pekarangan gereja ortodoks Koptik di sini pada Jumaat, lapor Reuters.
Laporan awal daripada pasukan keselamatan dan saksi di tempat kejadian mengatakan terdapat dua penyerang terlibat, iaitu seorang yang ditembak manakala seorang berjaya melarikan diri.
Kementerian Dalam Negeri bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa hanya terdapat seorang penyerang yang cedera dan telah ditahan pihak berkuasa. Kementerian itu tidak menjelaskan lanjut mengenai dua laporan yang berbeza.
Setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.
Kumpulan militan dalam beberapa tahun kebelakangan ini mengaku melaksanakan beberapa serangan ke atas minoriti Kristian di Mesir, termasuk dua kes pengeboman sempena sambutan Palm Sunday pada April lalu dan di katedral Koptik terbesar Kaherah pada Disember 2016.
Jurucakap gereja memberitahu, tembakan pertama dilepaskan di sebuah kedai milik penganut Kristian sejauh 4 kilometer dari gereja, dan mengorbankan dua orang. Penyerang itu kemudiannya bergerak ke gereja Mar Mina di bandar Helwan, dan menembak secara rambang dan cuba melontar bom.
Agensi
Fri Dec 29 2017

Orang ramai mengerumuni tempat kejadian di pekarangan gereja Mar Mina di bandar Helwan selepas insiden serangan. - Reuters
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Polis Singapura tahan lelaki tempatan serang paderi
Siasatan awal mendapati suspek yang berusia 22 tahun merupakan jemaah tetap gereja dan didakwa menyerang paderi selepas upacara gereja.

Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.

Nigeria: Sekurang-kurangnya 10 maut dalam insiden rempuhan di gereja
Pengagihan barangan bantuan menjelang sambutan Krismas bertukar menjadi huru-hara pada pagi Sabtu di Gereja Katolik Holy Trinity di Maitama.

PM New Zealand mohon maaf atas penganiayaan di pusat penjagaan
Permohonan maaf rasmi itu dibuat selepas pendedahan bahawa ribuan orang yang berada di bawah pusat penjagaan telah didera di negara itu.

Paderi mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Seorang paderi mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki di sebuah gereja.

SUV rempuh parkir gereja: 'Tiada unsur sabotaj, henti spekulasi' - Polis
Insiden sebuah SUV yang hilang kawalan sebelum terbabas dalam kawasan parkir Gereja St Ignatius, Petaling Jaya tidak melibatkan unsur sabotaj atau khianat.

Seorang maut dalam serangan bersenjata ke atas gereja di Istanbul
Dua penyerang bertopeng dipercayai mengambil bahagian dalam upacara keagamaan di gereja itu.

Krismas berbeza buat penduduk Palestin, sepi dan suram
Gereja-gereja di Bethlehem memutuskan untuk mengekalkan ritual keagamaan dan membatalkan perayaan lain untuk musim Krismas.

Hampir 2,000 penganut Kristian hadir ke Cathedral of St John rai Krismas
Penganut Kristian yang hadir diingatkan untuk sentiasa bersyukur dan mengingati rakyat di Palestin yang sedang menderita.

Gereja Ortodoks Baitulmaqdis kecam serangan Israel ke atas gereja di Gaza
Pihak gereja Orthodox Patriarchate of Jerusalem mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas perkarangan gerejanya di Gaza pada Khamis malam.