DUNIA meraikan sambutan Krismas pada tarikh 25 Disember hari ini, tetapi tidak bagi penduduk Palestin di Bethlehem, Tebing Barat.
Meskipun lokasi berkenaan terkenal dengan tempat suci agama Kristian, gereja-gereja di sana memutuskan untuk mengekalkan ritual keagamaan dan membatalkan perayaan lain untuk musim Krismas.
Ia bagi menunjukkan rasa simpati kepada rakyat Palestin yang menderita akibat serangan dan tindakan pencerobohan serta pengepungan Israel.
Menteri Pelancongan Palestin Rula Ma'ayah berkata, kebiasaannya sebelum ini terdapat pameran lampu dan pokok yang meriah di Dataran Manger, menghiasi malam, dari luar Church of the Nativity.
Sebaliknya tahun ini, penganut Kristian Palestin dalam keadaan suram, memperdengarkan nyanyian sambil diterangi lilin, dan berdoa untuk keamanan di Gaza, tidak seperti perayaan biasa.
Mereka memutuskan untuk tidak mendirikan pokok Krismas yang besar, di tengah bandar Bethlehem, kerana lokasi pembunuhan beramai-ramai oleh Zionis hanya 50 kilometer jauhnya dari situ.
Gereja Bethlehem tahun ini turut meletakkan patung-patung di tengah-tengah runtuhan dan kawat berduri sebagai tanda solidariti dengan penduduk Gaza.
Sementara itu, Datuk Bandar Bethlehem Hanna Hanania turut berkongsi, menyatakan bahawa Krismas kali ini benar-benar berbeza daripada yang sebelumnya kerana ia diselubungi suasana sedih.
Beliau berkata, sebelum ini, Bethlehem setiap tahun menarik kira-kira 1.5 juta pelancong dari seluruh dunia.
Sebaliknya, pada Krismas kali ini, ia kelihatan kosong memandangkan sektor pelancongan tidak dibuka sepenuhnya sejak permulaan konflik di Gaza pada 7 Okt lalu.
Menurut Rula Ma'ayah, sektor pelancongan Palestin dijangka kerugian ASD200 juta menjelang akhir 2023, kesan serangan Israel ke atas Gaza.
Katanya, sektor pelancongan Palestin menghadapi keadaan yang teruk semasa musim Krismas tahun ini, terutamanya di Gaza dan Tebing Barat, sambil menambah, Bethlehem kelihatan sangat sepi pada musim sejuk ini.
Penganut Kristian membentuk kira-kira 2% daripada penduduk di seluruh Israel dan wilayah Palestin yang diduduki.
Agensi
Mon Dec 25 2023

Ritual keagamaan diadakan di luar Church of the Nativity tanda sokongan kepada Gaza, di Dataran Manger, Bethlehem, bandar yang diduduki Israel di Tebing Barat, 23 Dis 2023. REUTERS
AWANI Pagi: Vape - Bom jangka kesihatan remaja
Bersama Syazwani & Amirul mengupas mengenai isu 'vaping' dalam kalangan remaja bersama Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Pendidikan, UM, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor & Pakar Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, UM, Dr. Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Kabinet Arab Saudi tolak pengusiran rakyat Palestin oleh Israel
Menjadi hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan memperoleh hak-hak sah mereka termasuk hak menubuhkan negara merdeka.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Dasar projek ladang solar, infrastruktur nuklear antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Howard Lee minta menteri nyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada.

Airbus sasar UAE bagi pembuatan komponen pesawat A400M, HAB MRO
Inisiatif itu akan meningkatkan peranan entiti yang berpangkalan di UAE, termasuk EPI dan Strata, dalam pengeluaran dan pembekalan komponen pesawat.

JKNS lancar kod QR Kempen Keselamatan Makanan sempena Ramadan
Menerusi penggunaan QR itu, sebarang aduan di bawah kawal selia JKNS akan disampaikan terus untuk tindakan lanjut.

Pulau Pinang sesak, tempahan hotel penuh sempena cuti sekolah, Krismas
Pulau Pinang antara destinasi percutian terkenal di Malaysia dan menjadi pilihan terutama ketika musim cuti sekolah dan perayaan.

Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim
Kebanyakan petugas KPKT yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.

Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,

Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.

Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.

Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.

Krismas: Ahmad Zahid, Fadillah ajak rakyat Malaysia bersama-sama fahami kepentingan perpaduan
Ahmad Zahid Fadillah mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama memahami kepentingan perpaduan, keharmonian dan saling menghormati.

Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.

Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas pada 27 dan 28 Dis
Keluarga penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan pada 27 dan 28 Dis ini sempena Krismas bagi semua institusi penjara.

Rempuhan pasar Krismas: Suspek didakwa dengan lima tuduhan membunuh
Suspek dalam serangan tragis di pasar Krismas yang mengorbankan lima nyawa dan mencederakan 200 orang didakwa atas pelbagai tuduhan termasuk membunuh, cubaan membunuh dan mencederakan.