BANGKOK: Penyelidik di Thailand telah membangunkan kit ujian yang ringkas, tepat dan pantas untuk pengesanan awal kanser serviks sekali gus dapat membantu menyelamatkan nyawa serta mengurangkan kos rawatan.
Kit ujian sensor DNA papillomavirus manusia (HPV) berasaskan kertas(kit ujian DNA HPV) itu dibangunkan sekumpulan lima penyelidik dari Jabatan Kimia, Fakulti Sains Universiti Chulalongkorn, telah diuji dan menunjukkan tahap ketepatan yang tinggi dengan sensitiviti sehingga 85 peratus.
Menurut Prof Dr Orawan Chailapaku, kit DNA HPV itu menunjukkan spesifisiti sehingga 78 peratus dan kadar kebolehulangan 100 peratus.
"Projek itu bermula lapan tahun lalu. Inspirasi itu tercetus apabila melihat orang di sekeliling kita menderita penyakit HPV.
"Saya harap dapat membangunkan peranti yang boleh digunakan untuk pengesanan awal," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini.
Pada masa ini, kanser serviks adalah kanser kedua paling biasa dihidapi wanita di Thailand selepas kanser payudara, dengan kadar 10,000 kes baharu setahun yang menjejaskan wanita berumur antara 30 hingga 60 tahun.
Kanser serviks juga antara punca utama kematian di Thailand, meragut 5,000 nyawa setiap tahun.
Kementerian Kesihatan Awam Thailand mengesyorkan saringan kanser serviks setiap lima tahun untuk wanita berumur 25 tahun dan ke atas.
Bagaimanapun, kos yang agak tinggi dan kaedah pap smear antara punca pengesanan lewat yang boleh menyebabkan kanser merebak, menjadikannya lebih sukar dirawat.
Kit ujian itu lebih mudah digunakan dengan keputusan diperoleh lebih cepat berbanding Pap Smear atau Ujian Pap yang biasa.
Dr Orawan berkata kit ujian DNA HPV menggunakan PNA (Peptide Nucleic Acid), bahan sintetik yang meniru DNA manusia dan direka bentuk untuk menyasarkan strain virus penyebab kanser tertentu.
"Sampel urin dicampur dalam larutan dan kemudian diletakkan ke atas kertas, untuk melihat perubahan dalam warna larutan.
"Dalam keadaan biasa, warna larutan adalah merah terang; tetapi jika urin dicemari oleh virus, warnanya kelihatan lebih cerah. Tahap kecerahan warna berbeza mengikut jumlah virus. Kami mempunyai alat tambahan, digunakan dengan aplikasi kalorimeter pada telefon pintar yang membantu menjelaskan lagi keamatan warnanya," katanya.
Dr Orawan berkata pasukan penyelidik berharap inovasi itu akan mendorong lebih ramai wanita untuk menjalani ujian saringan secara berkala, dengan proses yang mudah dan tidak menyakitkan, pada harga berpatutan - tidak melebihi 500 baht.
Ia juga sesuai untuk ujian berkala misalnya, sebulan sekali, di pusat kesihatan berdekatan, tambahnya.
Kit Ujian DNA HPV itu belum dihasilkan untuk kegunaan di rumah hanya untuk digunakan di pusat kesihatan dan hospital komuniti.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022

Dr Orawan berkata pasukan penyelidik berharap inovasi itu akan mendorong lebih ramai wanita untuk menjalani ujian saringan secara berkala. - Foto Universiti Chulalongkorn

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Penyelidik Universiti Chulalongkorn bangunkan kit ujian kanser serviks HPV berasaskan kertas
Kit ujian itu lebih mudah digunakan dengan keputusan diperoleh lebih cepat berbanding Pap Smear atau Ujian Pap yang biasa.

Poligami tingkat risiko kanser pangkal rahim
Kerap kali kanser pangkal rahim dikaitkan dengan tabiat seksual rambang, namun ia tidak semestinya benar.

Kanser pangkal rahim ketiga paling kerap berlaku dalam kalangan wanita muda
Wanita muda lebih berisiko mendapat kanser tersebut iaitu mereka yang berusia antara 29 ke 45 tahun.

70 polis wanita dikesan hidap virus HPV
Statistik terbabit dikenal pasti hasil saringan yang dijalankan ke atas 918 polis wanita menerusi Program Frontliner Uniting Against Cervical Cancer untuk warga polis sejak Jun lalu.

Kaedah ujian HPV bakal ganti 'pap smear' bagi kesan kanser serviks
Tinjauan NHMS 2019 menunjukkan, 60 peratus daripada wanita Malaysia tidak melakukan pemeriksaan pap smear bagi tujuan saringan kanser serviks, sejak tiga tahun lalu.

Tak perlu malu! Ujian kanser serviks lebih mudah dengan inovasi ROSE
Jika ujian pap smear sebelum ini perlu menggunakan spekulum, menerusi inovasi baharu itu, kaedah konvensional itu tidak diperlukan.

Program HPV di Malaysia adalah relevan - Kementerian Kesihatan
Program suntikan vaksin HPV bagi mencegah kanser serviks dalam kalangan pelajar perempuan berusia 13 tahun di Malaysia adalah relevan.