Dara atau tidak?
Dalam kejadian di daerah Banqiao, Taipei, 'penipuan' status dara seorang wanita di aplikasi Tinder membawa padah apabila dia dibunuh oleh teman lelakinya sendiri!
Teman lelakinya yang merupakan seorang peninju Mixed Martial Arts (MMA) bertindak begitu kerana berasa tertipu dan mengesyaki bahawa mangsa juga berlaku curang terhadapnya.
Berdasarkan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan mangsa Yee-min Huang, 27 tahun dan teman lelakinya, Gary Chu, 28 tahun sedang menaiki tangga di kediaman suspek.
Rakaman itu didakwa menunjukkan Chu sedang turun dari pangsapurinya sambil membawa tujuh plastik sampah ... yang mengandungi keratan mayat mangsa.
Dengan tidak teragak-agak, Chu membawa plastik sampah itu untuk dibuang di sebuah taman bunga berhampiran dengan kediamannya.
Memetik laporan media tempatan, adik mangsa, Francis Huang mula berasa curiga apabila kakaknya tidak dapat dihubungi sejak tujuh hari lalu. Huang mengambil keputusan untuk meminta orang ramai membantu mencari kakaknya.
Namun pada hari yang sama, suspek mendakwa di laman Facebook miliknya bahawa mangsa selalu merayu kepadanya untuk memutuskan hubungan mereka dan berpisah.
Suspek turut mendakwa tidak pernah memukul atau menyekat kebebasan teman wanitanya. Suspek turut meluahkan rasa tidak puas hati beliau apabila dituduh bertanggungjawab membunuh teman wanitanya.
“Saya berasa tertipu dan dikhianati apabila dia berbohong kepada saya bahawa beliau adalah seorang dara ketika kami mula berkenalan di aplikasi Tinder.
“Saya juga mengesyaki bahawa dia juga berlaku curang dan sedang berkenalan dengan lelaki lain di aplikasi tersebut,” tulis Chu dalam satu pautan di akaun peribadi Facebooknya.
Keesokan harinya, polis menjumpai potongan mayat Yee-min yang bertaburan di taman bunga manakala mayat Chu ditemui di atas pokok berhampiran Hospital Kementerian Kesihatan dan Kebajikan di daerah Xinzhuang.
Sejak kes itu menjadi bualan ramai, seorang wanita yang mendakwa bekas isteri Chu membongkar perbuatan bekas suaminya itu yang memukul dan mengurungnya di laman sosial dengan memuat naik gambar-gambar kecederaan yang dialaminya.
Agensi
Wed May 30 2018
Pada keesokan harinya, polis menjumpai potongan mayat mangsa bertaburan di taman bunga manakala mayat suspek ditemui di atas pokok berhampiran. - Sumber foto www.dailymail.co.uk
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Bunuh, rogol doktor: Sukarelawan polis dituduh di mahkamah India
Tuduhan dibuat minggu lalu, manakala Roy berkata, dia "tidak bersalah sama sekali" dan telah dikambing hitamkan.
Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara
Kesemua suspek ditahan secara berasingan di antara 1 tengah hari dan 6.30 petang di kawasan Bandar Teknologi dan Semenyih.
Baru 17 jam bebas, bekas banduan tikam lelaki gara-gara berang dimaki
Berang dimaki, Ade Dwy bertindak menikam dada mangsa dengan pemutar skru yang dipegangnya.
Polis tahan empat lelaki disyaki membunuh
Semua suspek ditahan secara berasingan selepas polis terima laporan pada 4.21 pagi Isnin daripada seorang wanita yang merupakan kakak ipar mangsa.
Kontraktor, anak saudara didakwa bunuh Sabari
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan ke atas Mazuan Hanafi, 38, dan Muhd Asyraf Idris, 26, selepas pertuduhan dibacakan.
Wanita Kampala tunjuk solidariti terhadap kematian Rebecca Cheptegei
Sebilangan besar wanita di Kampala menunjukkan solidariti terhadap kematian atlit maraton Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei yang dibunuh teman lelakinya di Kenya pada Jumaat.
Angkara mulut, lelaki bunuh rakan sekerja
Kejadian bermula dengan pergaduhan mulut antara kedua-dua mereka.
Komander Jihad Islam maut dalam masjid Tebing Barat
Israel menyatakan bahawa mereka telah membunuh Muhhamad Jabber, yang dikenali sebagai Abu Shujaa.
Bunuh anak tiri berusia 6 tahun kerana cemburu
Pembunuhan itu dilakukan oleh ibu tiri mangsa kerana perasaan cemburu dan iri hati terhadap mangsa.
Israel bunuh 50 rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam lalu
Serangan kejam itu berlaku selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menamatkan lawatan terbarunya ke rantau itu.