Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Alor Setar, Siti Nor Hasliza Md Ali, terhadap lelaki 43 tahun itu diperoleh di Lokap Mahkamah Alor Setar bermula hari ini sehingga 26 Ogos bagi polis melengkapkan siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, warganegara asing itu ditahan di sebuah Masjid di Bukit Pinang pada jam 9 malam tadi.
Sebelum ini media melaporkan penemuan mayat seorang wanita dewasa berusia 34 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun pada jam 5.04 petang di dalam longkang.
Menurut Siti Nor Salawati, siasatan di lokasi kejadian mendapati kedua-dua mayat warganegara asing itu lengkap berpakaian dalam keadaan tertiarap dan terlentang berdekatan antara satu sama lain dengan kesan kelar pada leher.
Katanya, bedah siasat ke atas kedua-dua mayat dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar pagi ini.