Keluarga Nelsy Perez kemudiannya pantas memecahkan keranda itu dan mengejarkan mayat Perez ke hospital. Namun apabila diperiksa pasukan perubatan, tiada tanda yang menunjukkan Perez masih hidup.
Bagaimanapun, terdapat tanda seolah-olah keranda itu diketuk dengan kuat di bahagian dalam, selain kesan pada cakaran pada kuku mayat.
Beberapa portal media tempatan mula menyiarkan video kejadian yang berlaku Julai lalu, di mana penduduk kampung dilihat memecahkan keranda dan mengeluarkan mayat Perez.
Laporan kematian misteri Nelsy Perez di sebuah stesen televisyen Honduras. Kredit video: Laman Youtube Primer Impacto.
Perez, 16, yang hamil tiga bulan, telah disahkan meninggal dunia akibat penyakit misteri yang disifatkan penduduk kampung itu sebagai 'buatan orang'.
Menurut laporan perubatan, kesan keranda diketuk itu mungkin akibat daripada gas yang dilepaskan oleh mayat yang sedang mereput.