Ulama terkenal Pakistan, Maulana Sami-ul-Haq, juga dikenali sebagai Bapa Taliban, disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Media tempatan melaporkan beliau ditikam hingga mati di rumahnya di bandar Rawalpindi, utara Pakistan.
Anaknya, Maulana Hamid-ul-Haq, mengesahkan bapanya diserang dan ditikam di kediamannya oleh penyerang yang tidak dikenali.
Katanya, Sami-ul-Haq bersendirian di rumahnya ketika itu kerana pengawal dan pemandunya telah keluar.
Susulan kejadian itu, beliau dibawa ke sebuah hospital di Rawalpindi, tetapi kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.
Bagaimanapun, wujud beberapa laporan bercanggah mengenai kematiannya.
Motif serangan tidak diketahui.
Sami-ul-Haq merupakan ketua Madrasah Haqqnia di utara Pakistan, pusat pengajian kepada beberapa pemimpin utama Taliban, termasuk pengasasnya Mullah Omar.
Tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu.
Astro Awani
Sat Nov 03 2018
Sami-ul-Haq merupakan ketua Madrasah Haqqnia di utara Pakistan, pusat pengajian kepada beberapa pemimpin utama Taliban. Foto Twitter @MolanaSamiUlHaq
"Menang RM4.7 juta, saya nak simpan dalam ASB"
Pemain MLBB yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants, Sekyss berkongsi perancangannya selepas beliau dan pasukan menjadi juara dunia bagi kejohanan MLBB MSC 2024, malam tadi.
AWANI Ringkas: Pindaan akta Mahkamah Syariah perlu sepakat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Raja Charles, Permaisuri Camilla akan lawat Australia - PM
Raja Britain Charles III dan Permaisuri Ratu Camilla akan melawat Australia pada Oktober, disahkan oleh Perdana Menteri Australia Anthony Albanese, lapor Xinhua.
Kate Middleton hadir ke Wimbledon bersama anak perempuan, adik
Kate Middleton, isteri kepada Putera William dari Britain, menghadiri perlawanan tenis di Wimbledon pada Ahad bersama anak perempuannya Charlotte dan adiknya Pippa.
UAE hantar 3 tan bekalan perubatan ke Gaza
Ia sebagai reaksi terhadap rayuan daripada sektor kesihatan, termasuk Hospital Nasser di Khan Younis yang menekankan keadaan kekurangan ubat-ubatan.
Pengarah UNRWA di Gaza kongsi kisah mengerikan krisis perubatan
Anderson berkata pasukan UNRWA dari komuniti kemanusiaan melakukan segala yang mungkin untuk meningkatkan kapasiti perubatan di Gaza.
Olimpik Paris 2024: Beasley perhalusi kelebihan taktikal Nurul Izzah, tingkat penguasaan selekoh
John Beasley mengakui masih banyak perlu dilakukan bagi mempersiapkan pelumba wanita Nurul Izzah Izzati Mohd Asri untuk bersaing.
Bekas ADUN Nangka angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Bekas ADUN Nangka, Sarawak Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara.
Penyelia restoran didakwa pecah amanah wang syarikat lebih RM80,000
Seorang penyelia restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas 25 pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM81,126.86.
Agong, Permaisuri zahir ucapan sempena Hari Keputeraan Sultan Brunei
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Isnin berkenan menzahirkan ucapan selamat ulang tahun keputeraan kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Pemimpin agama Pakistan dibunuh di Rawalpindi
Media tempatan melaporkan beliau ditikam hingga mati di rumahnya di bandar Rawalpindi, utara Pakistan.