Proses pengiraan kertas undi pilihan raya umum Indonesia (Pemilu 2019) dijadual selesai 22 Mei ini dan setakat Khamis lepas, seramai 225 petugas pilihan raya, meninggal dunia kerana kepenatan.
Pelbagai pihak di Indonesia kini khuatir dan mencadangkan pelaksanaan Pemilu serentak itu dikaji semula.
Bekas Ketua Mahkamah Konstitusi (MK) Indonesia, Mahfud MD mencadang agar pilihan raya presiden dan pilihan raya legislatif dipisahkan kembali pada pemilu akan datang.
Menurut Komisioner Komisi Pemilihan Umum (KPU) Indonesia, Viryan Aziz, setakat Khamis lepas juga, seramai 1,695 petugas dilaporkan jatuh sakit dan kini dirawat di hospital atau klinik.
Petugas terbabit yang kebanyakannya terdiri dalam kalangan tokoh-tokoh masyarakat setempat yang sudah berusia, dilaporkan mengalami kepenatan terlampau, sehingga jatuh sakit, atau terbabit dalam kemalangan.
Pada 17 April lepas, Indonesia melaksanakan pemilu serentak terbesar di dunia dan menjadi negara demokrasi paling kompleks berdasarkan saiz wilayah, geografi, jumlah pengundi, penyelenggaraan dan pengurusan logistik.
Pemilu serentak pertama kali itu bertujuan mengurangkan kos, sumber tenaga, tempoh atau masa pelaksanaan serta mengurangkan polemik dan krisis politik di negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu.
Jumlah petugas pilihan raya atau petugas Kelompok Penyelenggara Pemungutan Suara (KPPS) bagi Pemilu 2019 adalah seramai 7.2 juta orang, bagi menguruskan 813,350 Tempat Pemungutan Suara (TPS) atau pusat pengundian.
Sebanyak 77.5 peratus daripada 192,828,520 pengundi berdaftar, mengundi pada Pemilu 2019.
Di TPS, setiap pengundi diberikan lima kertas undi iaitu bagi memilih Presiden Indonesia untuk tempoh 2019-2024, pemilihan anggota Majelis Permusyarawatan Rakyat (MPR), anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), anggota Dewan Perwakilan Daerah (DPD) serta anggota dewan legislatif.
Ketua KPU, Arief Budiman berkata petugas pilihan raya bekerja tanpa rehat yang cukup, bagi memastikan proses demokrasi berjalan lancar, namun proses pemilu serentak itu, ternyata lebih rumit dan memberi tekanan kepada semua petugas.
Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla dipetik agensi berita Antara, turut prihatin dengan kejadian petugas yang terkorban itu dan pemerintah akan memberikan bantuan ehsan kepada setiap keluarga mangsa berupa wang tunai Rp30 juta hingga 36 juta.
Namun terdapat juga pemerhati dan penganalisis politik yang tetap yakin sistem Pemilu serentak adalah yang terbaik, cuma perlu ditambah baik dalam kaedah pelaksanaannya.
Berikut jadual Pemilu 2019
(i). 17 April 2019: Hari Mengundi
(ii). 25 April hingga 22 Mei 2019: Pengumuman keputusan pilihan raya umum secara progresif
(iii). 1 Okt 2019: Pengumuman rasmi penggubal undang-undang
(iv). 20 Okt 2019: Pengumuman rasmi Presiden dan Naib Presiden.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2019
Proses pengiraan kertas undi pilihan raya umum Indonesia (Pemilu 2019) dijadual selesai 22 Mei ini dan setakat Khamis lepas, seramai 225 petugas pilihan raya, meninggal dunia kerana kepenatan. -Gambar fail
Penunggang motosikal meninggal dunia selepas tujuh hari bertarung nyawa
Mangsa berusia 43 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 5.42 petang di hospital berkenaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [5 Januari 2025]
Fokus Awani Pagi Bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
1. Polis tolak permohonan penganjuran himpunan di Istana Kehakiman
2. SPRM reman lelaki disyaki terlibat kes rasuah pemeriksaan kenderaan berat di Puspakom
3. Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
1. Polis tolak permohonan penganjuran himpunan di Istana Kehakiman
2. SPRM reman lelaki disyaki terlibat kes rasuah pemeriksaan kenderaan berat di Puspakom
3. Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Seorang maut, 35 cedera dalam letupan di Pakistan
Lapan individu yang cedera berada dalam keadaan kritikal manakala yang lain dilaporkan stabil.
Bunuh isteri gara-gara video TikTok
Suspek menampar pipi mangsa berkali-kali, selain memukulnya di bahagian kepala, badan dan paha selain menghentak kepala mangsa pada dinding.
Pakar bedah AS gesa amaran kanser untuk minuman alkohol
Minuman beralkohol disarankan untuk menyertakan amaran tentang risiko kanser pada labelnya.
70 rakyat Palestin syahid di Gaza dalam sehari
Serangan ini berlaku ketika usaha diplomasi sedang giat dilaksanakan untuk mencapai gencatan senjata.
Warga Myanmar hilang dibawa arus deras di Kelantan
Seorang lelaki warga Myanmar berusia 50 tahun dipercayai hilang selepas dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Kuala Nal, Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan pada Jumaat.
Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang di rumah rakit, Jalan Kampung Pedah, Kampung Jerantut Feri, Jerantut, pada Sabtu petang.
Pemimpin Israel diekori, didesak bebaskan tebusan
Kejadian itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan dari rumahnya ke sebuah rumah ibadat.
Gaji progresif: Berjaya tingkatkan pendapatan pekerja swasta - Rafizi
Gaji progresif dijalankan secara rintis bermula Jun hingga Disember lalu berjaya meningkatkan gaji pekerja swasta, di negara ini.
Pemilu pilu, 225 petugas mati akibat kepenatan
Pelbagai pihak di Indonesia kini khuatir dan mencadangkan pelaksanaan Pemilu serentak itu dikaji semula.