MOSCOW: Seorang pemandu kereta mati ditembak polis di bandar San Francisco, California Amerika Syarikat (AS) selepas kereta yang dipandunya merempuh bangunan konsulat China, lapor Sputnik memetik CBS News pada Selasa.

Kereta itu berhenti di lobi konsulat dan pegawai polis terpaksa menembak pemandunya yang kemudiannya meninggal dunia di hospital, menurut laporan itu.

Polis kini bekerjasama dengan Jabatan Negara AS untuk menyiasat kejadian itu, lapor penyiar berkenaan.

-- BERNAMA