Kurang sebulan sejak tragedi serangan puak militan, Hotel Radisson Blu kini dibuka semula kepada orang ramai.

Hotel tersebut yang terletak di ibu negeri Mali itu, diserang kumpulan militan Algeria pada 20 November lalu, menyebabkan 22 tetamu hotel berkenaan terkorban termasuk dua ahli militan.

Susulan kejadian ngeri itu, Radisson Blu kini memperketatkan saringan ke atas tetamu hotel, lapor BBC.

Pengurus Hotel Radisson Blu Gary Ellis berkata, mereka kini memasang pagar di sekeliling hotel, menggunakan pintu pagar automatik dan mengimbas semua bagasi tetamu hotel.

Selain itu, jalan raya di hadapan hotel berkenaan kini ditukar kepada jalan sehala bagi mengelakkan kenderaan lalu-lalang.

Sekitar 100 orang hadir pada acara pembukaan hotel berkenaan, termasuk Presiden Mali Ibrahim Boubacar.

Bulan lalu, tentera Mali menahan dua orang yang berkaitan dengan serangan itu, tetapi tiada tangkapan seterusnya telah dibuat.

BACA: Stesen televisyen siar video susulan serangan kejam di Mali

BACA: Serangan hotel di Mali: Lebih 20 maut, jumlah baki tebusan berjaya dibebaskan


BACA: Kerajaan Mali isytihar tempoh darurat 10 hari