Pasaran saham AS catat prestasi buruk menjelang Krismas
Ia ditutup rendah dengan kejatuhan melebihi 600 mata pada Isnin.
Astro Awani
Tue Dec 25 2018
Bangunan Bursa Saham New York pada 20 Dis, 2018. (Foto AP)
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mencatatkan prestasi menjelang Krismas antara paling buruk pernah direkodkan.
Ia ditutup rendah dengan kejatuhan melebihi 600 mata pada Isnin.
Indeks Dow Jones meneruskan momentum minggu terburuknya dalam tempoh satu dekad selepas menyusut 653 mata.
Ia mendapat reaksi segera Presiden Donald Trump menerusi tweet terbaharunya yang dengan pantas menyalahkan rizab persekutuan sebagai punca kejatuhan teruk pasaran saham negara itu.
Menurutnya, masalah yang dihadapi oleh ekonomi sekarang adalah The Fed.
Penganalisis turut mengaitkan kejatuhan teruk pasaran saham a-s itu dengan operasi kerajaan persekutuan yang terpaksa ditutup.